Pengumuman Aktiviti Terkini



Malam Mahabbah Rasulullah

Malam Mahabbah Rasulullah

5.30 ptg
: Ketibaan Para Jemputan
6.00 ptg
: Qasidah oleh kumpulan Al-Ulfah

Madrasah Azzein Lissuluk Ilallah
6.30 ptg
: Ratib Haddad oleh Ittihad An-Nur Malaysia
6.45 ptg
: Tazkirah oleh Ustaz Hambali
7.00 mlm
: Qasidah dan Salawat
7.10 mlm
: Ketibaan Tetamu-tetamu Kehormat
7.25 mlm
: Solat Maghrib Berjemaah
7.55 mlm
: Majlis dimulakan oleh Peng. Majlis, Ust. Shuhadak
Mahmud

Pengasas Sahah Al Ja’afaryyah Negeri
Sembilan
8.00 mlm
: Bacaan Al-Quran oleh Dr. Sheikh Solah Zaki Al-Qadiri, Pensyarah
USIM
8.20 mlm : Maulid
Dhiaulla’mie Oleh Ittihad An-Nur Malaysia
9.00 mlm
: Ketibaan Jemputan Al Habib Umar Bin Hafidz
10.30 mlm
: Solat Isya berjemaah
11.00 mlm
: Jamuan / Bersurai
Semua Muslimin dan
Muslimat Dijemput HadirSemua penduduk muslimin & muslimat dijemput hadir bagi membantu melancarkan program.

Penawar Jiwa

Listen to Quran

Wednesday, June 17, 2009

Sheikh Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Maliki



Ceramah Agama

Tarikh: 19/06/09 (Jumaat)
Masa: Selepas maghrib
Tempat: Rumah Hj Zul, Taman Kiambang Indah
Penceramah: Sheikh Murtadza (Mantan Mufti NS)
Datuk Yusop (Mufti NS)
Sheikh Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Maliki (Ulama Indonesia)


Tarikh: 20/06/09 (Sabtu)
Masa: Selepas Subuh
Tempat: Surau Al Amin Taman Ros Mewah
Penceramah:Sheikh Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Maliki (Ulama Indonesia)

Tarikh: 20/06/09 (Sabtu)
Masa: Pukul 9 pagi
Tempat: Pusat Dakwah, Paroi
Penceramah:Sheikh Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Maliki (Ulama Indonesia), Sheikh Murtadza (Mantan Mufti NS)

Tarikh: 20/06/09 (Sabtu)
Masa: Selepas Maghrib
Tempat: Masjid Ampangan (Jln Pantai)
Penceramah:Sheikh Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Maliki (Ulama Indonesia)

Friday, June 12, 2009

Kepentingan Bersama Jemaah


Hadis Huzaifah bin Al-Yaman r.a katanya:
Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan? Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenal dan ada yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke Neraka Jahanam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka itu. Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami. Rasulullah menjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka. Aku bertanya lagi: Bagaimana sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin? Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3434

Tuesday, June 9, 2009

Serangan Di Thailand

'Saya hanya ingat mati'
Daripada Ismail Mat
ismailmat@bharian.com.my



ANGGOTA keluarga mangsa serangan di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan Narathiwat kelmarin, melihat jemaah yang mati ditembak penyerang bersenjata raifal ketika solat Isyak. - Foto Reuters


12 jemaah ditembak mati ketika imam baca al-Fatihah pada rakaat kedua solat Isyak

NARATHIWAT (Selatan Thailand): "Ketika itu saya hanya terfikir saat kematian dan tidak mampu berpaling melihat siapa menembak kami," kata Nasir Ibrahim, salah seorang jemaah yang terselamat dalam serangan ketika solat Isyak di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan, dekat sini malam kelmarin. Nasir, 42, yang juga penghulu kampung itu berkata, imam Wan Abdullah Wan Latif, 62, sedang membaca surah al-Fatihah pada rakaat kedua apabila mereka diserang dua lelaki bersenjatakan raifel kira-kira jam 9 malam waktu Malaysia itu.
Dua penyerang itu, yang berpakaian serba hitam, masing-masing berada di pintu utama dan sebelah kanan masjid berkenaan, melepaskan tembakan dari jarak kurang tiga meter ke arah jemaah, menyebabkan kebanyakan mangsa mati akibat terkena tembakan di kepala dan tubuh badan masing-masing. Serangan kejam itu, yang dianggap paling buruk di selatan Thailand, menyebabkan 10 jemaah termasuk Wan Abdullah mati serta-merta, manakala dua lagi jemaah meninggal dunia ketika dalam rawatan kecemasan di Hospital Narathiwat. Sebelas lagi mangsa cedera parah dan dirawat di hospital itu. Hanya Nasir dan seorang lagi jemaah terselamat dalam serangan itu, tetapi terpaksa dirawat di Klinik Cho Airong dekat sini, ekoran trauma dan serangan jantung kerana terkejut.


PENDUDUK Islam Thai melihat jenazah mangsa serangan di masjid dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Cho Airong, Narathiwat, semalam. - Foto Reuters

Nasir berkata, tembakan bertalu-talu dari dari arah belakang dan tepi berlaku hampir 10 minit, menyebabkan ramai jemaah tumbang. "Saya yang berada di hujung saf di sebelah kanan, turut merebahkan badan. Ketika kelam-kabut itu, saya merangkak di celah jemaah yang cedera dan berlumuran darah, menuju ke stor di sebelah tempat imam. Saya duduk di situ sehingga penyerang melarikan diri," katanya ketika ditemui semalam. Walaupun bersyukur kerana terselamat dalam serangan itu, Nasir amat bersedih mengenangkan ramai jemaah termasuk Wan Abdullah yang menjadi korban serangan kejam itu. Isteri Wan Abdullah, Yah Che Kob, 58, berkata ketika kejadian beliau berada di rumahnya, kira-kira 50 meter di hadapan masjid berkenaan.



ORANG ramai melihat mayat mangsa serangan di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan, malam kelmarin. - Foto Reuters

"Secara tiba-tiba, saya terdengar bunyi tembakan bertalu-talu macam bertih goreng dari arah masjid. Saya terus berlindung di sebalik pintu rumah dan sejurus selepas itu, terdengar jeritan penduduk kampung menyatakan masjid diserang. "Saya hanya mampu mendoakan keselamatan suami kerana saya tahu dia mengimamkan solat Isyak. Secara kebetulan anak lain keluar, jika tidak mereka juga berjemaah di masjid," katanya. Yah berkata, jenazah suaminya hanya dapat dikeluarkan dari masjid itu kira-kira jam 7 pagi semalam. "Serangan ini amat kejam. Mereka tergamak menyerang dan membunuh umat Islam yang sedang solat," katanya dengan nada sedih mengenangkan kematian suaminya yang sudah 15 tahun menjadi imam masjid itu. Adik Wan Abdullah, juga seorang imam, Wan Ismail Wan Latif, 58, berkata selain abangnya, turut terkorban ialah lapan ahli kumpulan tabligh yang berkunjung ke masjid itu sejak tiga hari lalu. Jenazah semua mangsa disemadikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan kampung itu kira-kira 11 pagi semalam dengan dihadiri kira-kira 2,000 penduduk termasuk kumpulan pelajar pondok sekitar Narathiwat. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Narathiwat, Abdul Razak Ali, yang meninjau tempat kejadian pagi semalam, mengutuk serangan kejam itu. "Serangan kejam ini didalangi pihak yang tidak mahu melihat keamanan dinikmati semua penduduk di selatan Thailand. Mereka yang berbuat begini sebenarnya mahu melihat selatan Thailand terus berada dalam pergolakan," katanya. Tinjauan Berita Harian mendapati, dinding depan masjid dan cermin pintu turut mempunyai kesan peluru, dipercayai akibat tembakan yang tersasar, manakala sebahagian besar lantai dipenuhi darah jemaah yang terkorban. Kesan itu hanya dibersihkan kira-kira 2 petang semalam dengan sebuah lori tangki air yang dihantar pihak berkuasa tempatan.

Petikan Berita Harian 10/6/2009

QUNUT NAZILAH

َاللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِيْ نُحُوْرِ أَعْدَائِنَا ، وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ ، اَللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ ، وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ ، وَشَدِّدْ كَلِمَتَهُمْ ، وَزِلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكْ ، يَا قَهَّار يَا جَبَّار ، يَا مُنْتَقِمْ ، يَا اَللهُ ، ياَ اَللهُ ، ياَ اَللهُ ، اَللَّهُمَّ يَامُنْزِلَ الْكِتَاب ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَاب ، وَياَ هَازِمَ اْلأَحْزَاب ، إِهْزِمْهُمْ ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ ،
اللّهُمَّ إِنَّا نَسْتَعِيْنُكَ وَنُؤْمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلْ عَلَيْكَ وَنَثْنَيْ عَلَيْكَ الْخَيْرَ وَلاَ نُكَفِّرَكَ ، اللّهُمَّ إِيَّاكَ نَعْبُدُ ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفُدُ ، نَرْجُوْ رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَكَ ، إِنَّ عَذَابَكَ الْجَدِّ بِالْكُفَّارِ مُلْحِقِ ، اللّهُمَّ عَذِّبِ الْكَفَرَةَ أَهْلَ الْكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِك، يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ

Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya kami memohon Engkau letakkan kami di tengkuk musuh-musuh kami, dan kami memohon perlindungan daripada kejahatan mereka, Ya Allah Ya Tuhan Kami, Engkau seranglah mereka pada segenap penjuru, dan porak perandakanlah gagasan mereka, dan keraskanlah arahan Engkau ke atas pendirian mereka, dan kucar kacirkanlah pergerakan mereka, dan Engkau hantarlah anjing-anjingMu untuk menggempur mereka, wahai tuhan yang Maha kuat, Perkasa dan Pembalas dendam, ya Allah, ya Allah, ya Allah, Wahai tuhan kami yang menurunkun kitab, yang menggerakkan awan, yang menghancurkan tentera ahzab, hancurkanlah mereka, dan menangkanlah kami ke atas mereka.

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon pertolongan kepada Mu, dan kami beriman dengan Mu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami menyanjung kepada Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufurkanMu. Ya Allah hanya kepadaMu kami sembah, dan kepada Mu kami sembahyang dan sujud, untuk Mu kami berusaha. Kami mengharapkan rahmat daripada Mu dan kami takutkan azab Mu. Sesungguhnya azab Mu yang berat sudah pasti terhadap golongan kuffar. Ya Allah azablah golongan kuffar ahli kitab yang menghalangi jalanMu.

DOA MUJAHIDIN

اللهم أَعِزَّ الاسلامَ والمسلمين اللهم انْصُرِ الاسلام والمسلمين ، اللهم انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنَ المستضعفين والمظلومين في لبنان ، اللهم انصر اخواننا من المجاهدين في لبنان ، اللهم انصر اخواننا من المجاهدين في فلسطين ، اللهم انصر اخواننا من المجاهدين في شيشان ، اللهم انصر اخواننا من المجاهدين في عراق ، اللهم انصر اخواننا من المجاهدين في كشمير ، اللهم انصر اخواننا من المجاهدين في كل مكان وفي كل زمان ، اللهم انْصُرْهُمْ على عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، وَأَهْلِكِ الكفرةَ والكافرين والشركَ والمشركين والنفاقَ والمنافقين والظُلْمَ والظالمين وَدَمِّرْ أَعْداءَكَ أَعْدَاءَ الدِين مِنَ اليهودِ الغاصِبِينَ والغادِرِين وَالنصاري المستعمِرِين والمستكبرين ، اللهم زَلْزِلِ الأرض مِنْ تَحْتِ أقدامِهم وَاخْرِجْهُم منه أَذِلَّةً صاغِرِين ، يا رب العالمين

Ya Allah Ya Tuhan Kami, muliakanlah Islam dan orang-orang Islam, Ya Allah Ya Tuhan Kami, menangkanlah Islam dan orang-orang Islam. Ya Allah Ya Tuhan kami, menangkanlah saudara-saudara kami di kalangan golongan yang lemah dan dizalimi di Lubnan, Ya Allah Ya Tuhan Kami, menangkanlah saudara-saudara kami di kalangan pejuang-pejuang di Lubnan, Ya Allah Ya Tuhan Kami, menangkanlah saudara-saudara kami di kalangan pejuang-pejuang di Palestin, Ya Allah Ya Tuhan Kami, menangkanlah saudara-saudara kami di kalangan pejuang-pejuang di Chechen, Ya Allah Ya Tuhan Kami, menangkanlah saudara-saudara kami di kalangan pejuang-pejuang di Iraq, Ya Allah Ya Tuhan Kami, menangkanlah saudara-saudara kami di kalangan pejuang-pejuang di Kashmir, Ya Allah Ya Tuhan Kami, menangkanlah saudara-saudara kami di kalangan pejuang-pejuang di seluruh tempat dan pada setiap masa, Ya Allah Ya Tuhan Kami, menangkanlah mereka menentang musuh-musuh Mu dan musuh-musuh mereka, dan hancurkanlah kekafiran dan orang-orang kafir, kesyirikan dan orang-orang yang syirik, kemunafikan dan orang-orang munafik, kezaliman dan orang-orang zalim, dan musnahkanlah musuh-musuhMu dan musuh-musuh agamamu dikalangan orang Yahudi pencabul dan pengkhianat, dan golongan nasrani penjajah dan penyombong. Ya Allah Ya Tuhan Kami, Engkau gegarkanlah bumi ini di bawah tumit-tumit mereka, dan campakkanlah mereka ke lembah kehinaan dan kekerdilan

Sunday, June 7, 2009

Pengumuman


Jadual Kuliah Ust Abd Raof akan ditukar daripada 2 minggu sekali kepada minggu kedua dan keempat setiap bulan. Sehubungan dengan itu,kuliah yang sepatutnya diadakan pada 16hb Jun 2009 akan ditunda kepada 23hb Jun 2009. Selepas itu kuliah yang berikutnya akan ditetapkn pada minggu kedua dan keempat. Harap maklum.