Pengumuman Aktiviti Terkini



Malam Mahabbah Rasulullah

Malam Mahabbah Rasulullah

5.30 ptg
: Ketibaan Para Jemputan
6.00 ptg
: Qasidah oleh kumpulan Al-Ulfah

Madrasah Azzein Lissuluk Ilallah
6.30 ptg
: Ratib Haddad oleh Ittihad An-Nur Malaysia
6.45 ptg
: Tazkirah oleh Ustaz Hambali
7.00 mlm
: Qasidah dan Salawat
7.10 mlm
: Ketibaan Tetamu-tetamu Kehormat
7.25 mlm
: Solat Maghrib Berjemaah
7.55 mlm
: Majlis dimulakan oleh Peng. Majlis, Ust. Shuhadak
Mahmud

Pengasas Sahah Al Ja’afaryyah Negeri
Sembilan
8.00 mlm
: Bacaan Al-Quran oleh Dr. Sheikh Solah Zaki Al-Qadiri, Pensyarah
USIM
8.20 mlm : Maulid
Dhiaulla’mie Oleh Ittihad An-Nur Malaysia
9.00 mlm
: Ketibaan Jemputan Al Habib Umar Bin Hafidz
10.30 mlm
: Solat Isya berjemaah
11.00 mlm
: Jamuan / Bersurai
Semua Muslimin dan
Muslimat Dijemput HadirSemua penduduk muslimin & muslimat dijemput hadir bagi membantu melancarkan program.

Penawar Jiwa

Listen to Quran

Tuesday, December 29, 2009

MELIHAT KEBAIKAN DALAM SEGALA HAL





... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. (al-Baqarah: 216)

Menyedari bahawa Allahlah yang Telah Mentakdirkan Semua Hal. Kebanyakan orang merasa senang saat segala sesuatu terjadi sesuai dengan keinginannya. Akan tetapi, orang beriman tidak boleh cenderung kepada perasaan seperti itu. Di dalam Al-Qur`an, Allah memberikan khabar gembira bahawa Dia telah menentukan setiap peristiwa demi kebaikan hamba-Nya dan hal tersebut tidaklah menimbulkan rasa sedih ataupun masalah bagi mereka yang benar-benar beriman.
Seseorang yang menyedari kebenaran ini di dalam hatinya akan merasa senang terhadap apa yang dihadapinya dan ia melihat karunia yang tersimpan di balik apa yang terjadi.
Banyak orang bahkan tidak ingin sibuk berfikir bagaimana dan mengapa mereka ada di dunia ini. Walaupun kata hati akan menuntun mereka untuk menyedari bahawa keajaiban dunia yang sempurna ini memiliki pencipta, cinta yang luar biasa banyaknya yang dirasakan di dunia ini, keengganan mereka untuk melihat kebenaran, membawa mereka kepada pengingkaran terhadap realiti keberadaan Allah. Mereka mengabaikan fakta bahawa setiap kejadian dalam hidupnya ditentukan sesuai dengan rencana dan tujuan tertentu; mereka malah menghubungkannya dengan idea yang sungguh-sungguh salah, yakni hanya kebetulan. Bagaimanapun juga, ini hanyalah sebuah pandangan yang menghalangi seseorang untuk melihat kebaikan dalam peristiwa-peristiwa yang terjadi dan kemudian menarik pelajaran dari peristiwa tersebut.
Ada pula mereka yang sedar akan eksistensi Allah dan mengerti bahawa Dialah yang telah menciptakan seluruh alam. Mereka mengakui fakta bahawa Allahlah yang menurunkan hujan dan meninggikan matahari. Mereka menyedari bahawa tidak mungkin ada zat lain yang melakukan semua itu. Meskipun demikian, Allahlah yang mentakdirkan seorang pencuri memasuki rumah di malam hari, sebuah rintangan yang menyebabkan seseorang terjatuh, sebuah tanah subur untuk ditanami atau dibiarkan gersang, jual beli yang menguntungkan sekalipun. Setiap peristiwa terjadi dengan kebijaksanaan-Nya yang tak terbatas untuk menyelesaikan ketentuan-Nya yang agung. Sepercik lumpur yang mengotori baju kita, jerawat yang muncul, penyakit, atau kejadian yang tidak diharapkan lainnya. Semuanya terbentuk dalam kehidupan seseorang sesuai dengan ketentuan tertentu.
Sejak seseorang membuka matanya, tak ada satu pun yang dialaminya di dunia ini terjadi dengan sendirinya dan terlepas dari Allah. Segala yang ada secara keseluruhan diciptakan oleh Allah, satu-satunya zat yang memegang kerajaan alam semesta. Ciptaan Allah bersifat sempurna, tanpa cacat, dan sarat dengan tujuan. Ini adalah takdir yang diciptakan oleh Allah. Seseorang tidak boleh mengotak-ngatikkan peristiwa yang terjadi dengan menamai kebaikan pada sebuah peristiwa dan kejahatan pada peristiwa yang lain. Apa yang menjadi kewajiban seseorang adalah menyedari dan menghargai kesempurnaan dalam setiap peristiwa. Kita harus percaya bahawa ada kebaikan dalam setiap ketetapan-Nya serta tetap menyedari kenyataan bahawa kebijaksanaan Allah yang tak terbatas ini telah direncanakan untuk sebuah hasil akhir yang paling sempurna. Bahkan mereka yang percaya dan mencari kebaikan dalam segala peristiwa yang menimpa mereka, baik di dunia ini mahupun akhirat nanti, mereka akan menjadi bagian dari kebaikan yang abadi.
Hampir di setiap halaman Al-Qur`an, Allah meminta kita untuk memerhatikan hal tersebut. Inilah sebabnya mengapa ketidakmampuan dalam mengingat bahawa segalanya berjalan sesuai dengan takdir itu menjadi sebuah kegagalan yang mengerikan bagi seorang mukmin. Takdir yang dituliskan oleh Allah begitu unik dan dilewati oleh seseorang benar-benar sesuai dengan apa yang telah Allah tetapkan. Orang awam menganggap kepercayaan akan takdir semata-mata hanya merupakan cara untuk "menghibur diri" di saat tertimpa kemalangan. Sebaliknya, seorang mukmin memiliki pemahaman yang benar akan takdir. Ia sepenuhnya menganggap bahawa takdir adalah sebuah rencana Allah yang sempurna yang telah dirancang khusus untuk dirinya.
Takdir adalah rencana tanpa cacat yang dibuat untuk mempersiapkan seseorang untuk sebuah kenikmatan syurga. Takdir penuh dengan keberkatan dan maksud Ilahiah. Setiap kesulitan yang dihadapi seorang mukmin di dunia ini akan menjadi sumber kebahagiaan, kesenangan, dan kedamaian yang tak terbatas di kemudian hari. "Sesungguhnya, setelah kesulitan itu ada kemudahan." (al-Insyirah: 5) Ayat ini menarik kita pada kenyataan bahawa di dalam takdir seseorang, kesabaran dan semangat yang ditunjukkan oleh seorang mukmin, telah dituliskan sebelumnya bersama-sama dengan balasannya masing-masing di akhirat.
Sekali waktu mungkin terjadi dalam jenak kehidupan, seorang mukmin menjadi marah atau khawatir akan terjadinya hal-hal tertentu. Penyebab utama dari kemarahan yang ia rasakan adalah karena ia lupa bahawa semua itu merupakan bagian dari takdirnya dan bahawa takdirnya itu telah diciptakan oleh Allah hanya untuk dirinya sendiri. Walaupun demikian, ia akan merasa nyaman dan tenang ketika ia diingatkan akan tujuan ciptaan Allah.
Karena itulah, seorang mukmin harus belajar untuk terus mengingat bahawa segalanya telah ditetapkan sebelumnya. Ia harus mengingatkan orang lain akan hal ini. Ia harus bersabar saat menghadapi peristiwa-peristiwa yang Allah telah takdirkan untuknya dengan memberikan rasa percayanya kepada Allah dalam jarak waktu yang tak terbatas. Tak lupa, ia harus berusaha menemukan alasan-alasan di balik semua peristiwa tersebut. Jika ia berusaha memahami alasan-alasan ini, dengan seizin Allah, ia akhirnya akan berhasil. Bahkan walaupun ia tidak selalu berhasil menemukan maksud di baliknya, ia masih tetap yakin bahawa ketika sesuatu terjadi, pastilah semua itu demi kebaikan dan maksud tertentu.
Memahami sepenuhnya bahawa setiap makhluk, hidup ataupun tidak, diciptakan dalam kepatuhannya pada takdir.
Takdir adalah pengetahuan sempurna Allah atas semua peristiwa di masa lalu dan masa depan, laksana satu waktu saja. Ini menunjukkan kekuasaan mutlak Allah atas semua makhluk dan semua peristiwa. Manusia bisa saja berhati-hati agar tidak mengalami suatu peristiwa yang buruk, tetapi Allah mengetahui semua peristiwa sebelum hal itu terjadi. Bagi Allah, masa lalu dan masa depan adalah satu. Semua itu sama-sama berada dalam pengetahuan Allah karena Dialah yang menciptakannya.
"Sesungguhnya, Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran." (al-Qamar: 49)
Manakala Redha menerima hukum-hukum Allah s.w.t. adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.
Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t. dan inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya.Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :" Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ". ( Surah An-Nisaa' : Ayat 65 )
Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud :" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".( Surah At Taubah : Ayat 59 )
Pada dasarnya segala perintah-perintah Allah s.w.t. baik yang wajib mahupun yang Sunnah ,hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga dengan larangan-larangan Allah s.w.t. hendaklah dijauhi dengan lapang dada . Itulah sifat redha dengan hukum-hukum Allah s.w.t. Redha itu bertentangan dengan sifat dan sikap orang-orang munafik atau kafir yang benci dan sempit dadanya menerima hukum-hukum Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :" Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. 'Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ',Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka ". ( Surah Muhammad : Ayat 26 )
Andai kata mereka ikut beribadah, bersedekah atau mengerjakan sembahyang maka ibadah itu mereka melakukannya dengan tidak redha dan bersifat pura-pura. Demikianlah gambaran perbandingan antara hati yang penuh redha dan yang tidak redha menerima hukum Allah s.w.t. , yang mana hati yang redha itu adalah buah daripada kemurnian iman dan yang tidak redha itu adalah gejala nifaq.
Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Di dalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.
Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperoleh kegembiraan Baginda berkata : " Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ". Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan : " Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".
Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud :" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)
Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian :1. Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.2. Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".( Riwayat Muslim )


Friday, December 25, 2009

Puasa pada bulan Muharram

Puasa pada bulan Muharram
Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)
Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)
Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)
Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharra,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)



PERINGATAN
Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

Friday, December 18, 2009

Petikan Khutbah Maal Hijrah


Posted on Disember 10, 2009 by ekhutbah


السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.


Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 40 surah at-Taubah :

إلا تنصروه فقد نصره الله إذ أخرجه الذين كفروا ثانى اثنين إذ هما فى الغار إذ يقول لصــحبه لاتحزن إن الله معنا فأنزل الله سكينته عليه وأيده بجنود لم تروها وجعل كلمة الذين كفروا السفلى وكلمة الله هى العليا والله عزيز حكيم

Maksudnya : Jika kamu tidak menolong nabi Muhammad s.a.w maka sesungguhnya Allah S.W.T telah menolongnya ketika orang-orang kafir mengeluarkannya dari Mekah. Sedang dia salah seorang daripada dua orang ketika kedua-duanya berada di dalam gua di waktu dia berkata kepada sahabatnya : “ Janganlah engkau berdukacita sesungguhnya Allah S.W.T bersama dengan kita”. Maka Allah S.W.T menurunkan ketenangan kepada nabi Muhammad s.a.w dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan Allah S.W.T menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah dan kalimah Allah S.W.T itulah yang tertinggi. Allah S.W.T Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana

Tahun 1425 Hijrah baru sahaja berlalu meninggalkan kita bersama dengan pelbagai catatan sejarah dan peristiwa yang mampu dijadikan pengajaran penting terutama ke arah melahirkan diri kita sebagai umat yang terbaik yang tidak dipatuk di tempat yang sama sebanyak dua kali disamping mampu membina diri kita sebagai insan yang sentiasa melakukan hijrah ke arah terbaik di mana hari ini lebih baik daripada hari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Kita baru sahaja menyambut tahun baru 1426 Hijrah yang semestinya dihayati dengan sebaiknya bermula dengan azam diikuti dengan tindakan yang berperancangan ke arah menjadi insan yang bertaqwa dan rapat hubungannya dengan Allah S.W.T sehingga mampu menjadi umat yang beroleh kejayaan di dunia dan kebahagian di akhirat. Sambutan kepada kehadiran tahun baru hijrah tidaklah sehebat menyambut tahun baru Masihi sehingga kebanyakan umat Islam sendiri tidak merasai keistimewaan kepada taqwim hijrah akibat terlalu biasa dengan kalendar masihi dalam kegunaan seharian termasuk ketika menyambut hari lahir. Inilah antara kesan penjajahan yang terus bersemadi dalam diri umat Islam sehingga sukar untuk dikikis.

Ketika menyambut kedatangan tahun baru hijrah maka kita tidak lupa untuk mengimbas kembali kepada sejarah bermulanya penggunaan taqwim hijrah di mana ia diperkenalkan oleh Sayyidina Umar al-Khattob pada tahun 17 Hijrah bersamaan 638 Masihi. Ia mula ditimbulkan setelah surat yang dihantar oleh Sayyidina Umar selaku khalifah pada masa itu kepada Abu Musa al-Asy’ari di Basrah yang tertulis hanya bulan Sya’aban tanpa tahun yang menimbulkan kekeliruan samada bulan Sya’aban yang sedang mereka berada atau Sya’aban yang telah lalu. Tanpa melengahkan masa maka Sayyidina Umar terus membuat suatu mesyuarat bagi memperkenalkan taqwim khas untuk kegunaan umat Islam di mana pelbagai pandangan dan cadangan telah dikemukakan antaranya taqwim dibina mengikut tarikh lahir nabi Muhammad s.a.w, tarikh turunnya wahyu, tarikh kenabian dan juga tarikh hijrah nabi. Setelah itu maka dibuat suatu kata sepakat supaya taqwim Islam dibina berdasarkan tarikh hijrah nabi Muhammad s.a.w agar umat Islam dapat mengambil iktibar dan pengajaran yang berguna daripada peristiwa Hijrah terutama dari segi peranan, tugas dan strategi dalam membina Daulah Islamiah yang gemilang.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Hijrahnya nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah Munawwarah yang asalnya bernama Yathrib bukanlah suatu tindakan yang berlaku secara spontan dan bertujuan untuk lari daripada penindasan yang dilakukan oleh kuffar Quraisy terhadap baginda selama ini. Jika untuk lari daripada penindasan semata-mata nescaya nabi merupakan orang paling awal berhijrah ke Habsyah. Kita perlu faham bahawa peristiwa hijrah ini merupakan suatu tindakan yang berasaskan arahan Allah S.W.T yang dilaksanakan dengan perancangan yang rapi dalam mencapai matlamatnya yang tinggi iaitu mendirikan sebuah Daulah Islamiah yang mampu mengubah keadaan umat Islam daripada umat yang lemah menjadi gagah, umat tertindas kepada cergas, umat yang melarat kepada umat berdaulat. Melalui peristiwa hijrah yang bersejarah ini maka kita dapat mengambil 5 langkah penting yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat sehingga tertegaknya sebuah daulah yang berjaya bukan sahaja untuk menjaga rakyat Madinah malah mampu menguasai kuasa besar dunia pada masa itu terutama Rom Kristian dan Parsi Majusi. Bermula dari Madinah jugalah maka kekuatan dan kekuasaan pemerintahan Islam mampu menguasai dunia.

Langkah pertama ialah penerimaan serta tunduk patuh umat Islam terhadap seorang pemimpin yang terbaik dikalangan mereka itu Rasulullah s.a.w. Langkah kedua bergeraknya gerakan dakwah yang bermula secara sembunyi diikuti secara terang-terangan sehingga ia mendapat sambutan walau pun terpaksa menghadapi pelbagai tekanan dan cabaran daripada musuh Islam. Langkah ketiga ialah proses tarbiah dengan pelbagai persediaan telah didedahkan kepada umat yang telah memeluk Islam agar mereka tahu kewajipan yang mesti dilaksanakan serta bersedia menghadapi sebarang tentangan daripada musuh. Langkah keempat ialah usaha ke arah melahirkan lebih ramai pendokong Islam yang mampu memainkan peranan penting dalam usaha dakwah dan perjuangan Islam samada dari dalam Mekah atau luarnya terutama dengan berlangsungnya Bai’ah Aqabah pertama diikuti Bai’ah Aqabah kedua dengan penduduk Madinah. Janji taat setia tidak terhenti di Mina sahaja malah disusuli dengan penghantaran naqib dalam mengembangkan dakwah dan melaksanakan proses tarbiah kepada penduduk Madinah sehingga mereka lebih bersedia untuk menyambut ketibaan nabi dan mempertahankan baginda apabila tiba saat hijrah nanti. Langkah kelima ialah nabi Muhammad s.a.w menunggu arahan daripada Allah S.W.T tentang saat dan waktu yang sesuai untuk berhijrah di mana ini berlaku setelah penduduk Madinah telah benar-benar bersedia disamping umat Islam dari Mekah telah berhijrah terlebih dahulu ke Madinah. Nabi melaksanakan segala perancangan hijrah ini menggunakan kemampuan yang mampu diikuti oleh kita bukannya menggunakan kekuatan mukjizat sebagaimana Isra’ dan Mikraj. Ini semua bagi mengajar kita agar bersungguh dalam mengikut jejak langkah baginda sehingga berdirinya Daulah Islamiah yang gemilang bukannya mencari pelbagai alasan dan dalih untuk lari daripada menunaikan tanggungjawab dan amanah besar ini.


Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

Firman Allah S.W.T dalam ayat 114 surah al-Baqarah :

ومن أظلم ممن منع مساجد الله أن يذكر فيها اسمه وسعى فى خرابها , أولئك ما كان لهم أن يدخلوها إلا خائفين ، لهم فى الدنيا خزي ولهم في الآخرة عذاب عظيم .

Maksudnya : Dan siapakah yang lebih zalim daripada mereka yang menyekat penggunaan masjid-masjid Allah S.W.T untuk menyebut nama Allah S.W.T dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu. Orang-orang demikian tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah S.W.T. Bagi mereka kehinaan di dunia dan di akhirat nanti mereka akan mendapat siksa yang amat besar.

Dalam peristiwa hijrah ini juga kita dapat lihat bagaimana antara perkara penting yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w setelah tiba di Madinah ialah mendirikan masjid bukannya membentuk atau melatih pasukan tentera bagi menyekat kemaraan musuh. Ini menunjukkan kepada kita bahawa masjid merupakan tunjang kepada kehidupan seharian bukannya hanya sebagai tempat untuk beribadat semata-mata. Malah ketika kita dikejutkan dengan peristiwa gempa bumi dan tsunami baru-baru ini pun maka Allah menyelamatkan masjid-masjid sebagai isyarat yang jelas agar umat Islam kembali rapat dengan Allah terutama dengan menghidupkan masjid-masjid. Tanyalah diri kita tentang berapa kali dalam seminggu kita hadir ke masjid. Tidakkah kita merasa malu untuk bertanya kepada Allah tentang kemenangan dan kemuliaan jika kita sendiri liar dan jauh daripada masjid. Berhijrahlah kita kepada menghampiri diri kepada Allah terutama dengan menghidupkan masjid. Masyarakat perlu dididik agar merasa bimbang apabila semakin kurang orang ke masjid bukannya ditakutkan dengan tindakan tegas Jabatan Agama terhadap umat Islam yang mengunjungi kelab malam. Umat Islam sepatutnya merasa marah apabila peranan dan kebebasan masjid dikongkong bukannya diajar agar mempertikaikan perundangan yang melarang umat Islam ke kelab malam.

Firman Allah dalam ayat 74 surah al-Anfal :

والذين ءامنوا وهاجروا وجــهدوا فى سبيل الله والذين ءاووا ونصروا أولئك هم المؤمنون حقا لهم مغفرة ورزق كريم

Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


Difailkan dalam: Hijrah & Maulidurrasul | Leave a Comment

Wednesday, December 9, 2009

Selawat Daiba'ie


Hayatilah syair yang masyhur, yang dikarang oleh seorang ulama ahli hadith dan ahli sejarah, yakni Al-Hafiz Wajihuddin Abu ‘Abdillah Abdul Rahman ibnu ‘Ali Ibni Muhammad ibni Umar As-Syaibani Az-Zabidi As-Syafie yang lebih dikenali dengan gelaran Al-Imam Ad-Daiba’ie. Syair, kata-kata pujian serta selawat yang termaktub dalam karangan masyhur beliau, Maulid Ad-Daiba’ie diiktiraf oleh para ulama dan sudah digunakapakai selama lebih 450 tahun di dalam dunia Islam. Fahamilah bahawa syair-syair ini bukanlah semata-mata karangan yang berasaskan imaginasi pengarangnya; tetapi adalah merupakan pancaran rasa cinta yang begitu mendalam yang berasaskan ilmu pengetahuannya yang luas terhadap hadith-hadith yang begitu banyak serta ma’rifat kurniaan Allah S.W.T. Hayatilah di bawah ini terjemahan bait-bait syair beliau tentang kelahiran Rasulullah s.a.w., yang pasti membangkitkan lagi kecintaan dan kasih umat kepada Baginda Rasulullah s.a.w.

Hadirkanlah hati-hati kalian,
wahai sekalian orang yang mempunyai akal fikiran.
Agar dapat kujelaskan kepada kalian segala sifat yang indah menawan
dan cantik memukau bagaikan pengantin, milik Kekasih Teragung ini.
Yang diistimewakan dengan gelaran termulia (Kekasih Allah).
Yang pernah naik menghadap Allah,
Maharaja Yang Maha Pemberi (di malam Isra’ dan Mi’raj).
Sehingga ia dapat menatap langsung keindahan-Nya
tanpa sebarang tirai penghalang.

Ketika tiba saat kemunculan ‘Matahari Kerasulan’ ini di ‘Langit Keagungan’;
maka keluarlah satu malaikat membawa titah perintah Allah Yang Maha Agung,
kepada Ketua Penghuni Langit, Saidina Jibril a.s.

“Wahai Jibril, serukanlah kepada seluruh makhluk.
Di bumi dan di langit, dengan ucapan-ucapan tahniah dan khabar gembira.
Kerana sesungguhnya,
Nur yang terpelihara, dan Rahsia yang tertutup sekian lama,
yang telah Aku wujudkan sebelum terwujudnya segala sesuatu,
dan sebelum Kuciptakan bumi dan langit.
Pada malam ini,
akan Ku pindahkan ke dalam perut ibunya dalam keadaan riang gembira.
Dengan sebabnya, akan Ku penuhi seluruh alam dengan cahaya.
Ia akan Ku pelihara dan Ku didik
dalam keadaan yatim (tanpa campur tangan ibu bapanya)
dan akan Ku sucikan ia dan ahli keluarganya dengan sesuci-sucinya
(sehingga mereka tidak akan melakukan perkara yang Aku tidak redhai)”

(Setelah Saidina Jibril a.s. menyerukan titah Allah tersebut)
maka ‘Arasy bergoncang hebat kerana merasa sangat gembira.
Kursiy yang teramat hebat itu pula
menjadi semakin hebat dan agung (demi memuliakan Baginda s.a.w.).
Dan tujuh petala langit dipenuhi cahaya (bagaikan sedang berpesta).
Sedangkan suara para malaikat bergemuruh mengucapkan tahlil,
tahmid dan istighfar (lantaran terlalu gembira dengan kedatangan Baginda s.a.w. ke mayapada).

(Sejak awal kehamilan) Bondanya (Sayyidatina Aminah r.anha)
sentiasa melihat pelbagai mimpi dan tanda kemegahan
serta keutamaan bayi dalam rahimnya itu,
sehinggalah usia kandungannya cukup sempurna.
Lalu ketika dirasakan dirinya benar-benar akan melahirkan,
dengan keizinan Tuhan segala makhluk,
maka ia pun melahirkan Al-Habib s.a.w. dalam keadaan sedang sujud,
bersyukur dan memuji Allah,
begitu comel dan indah laksana bulan mengambang penuh.
Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan
dalam keadaan telah berkhatan dengan kekuasaan Allah S.W.T.
Kedua matanya yang mulia bercelak dengan ‘Celak Hidayah’
(terpelihara daripada memandang apa yang tidak diredhai oleh Allah).
Ruang angkasa menjadi terang benderang kerana Nurnya.
Dan alam semesta penuh dengan keindahan
serta bersinar cemerlang kerana Nurnya itu.

Generasi yang tidak menjumpainya, termasuk juga umatnya,
sebagaimana generasi yang telah berlalu sebelumnya.
Kehebatan pertama mukjizatnya adalah terpadamnya api sembahan orang-orang Parsi
(yang tak pernah padam selama seribu tahun).
Beranda-beranda istana Maharaja Parsi tiba-tiba runtuh berjatuhan.
Syaitan-syaitan dihujani dengan panah-panah api bintang
yang panas membakar dari langit.
Semua jin yang sombong dan zalim,
berundur dengan hina dan tunduk kerana serangan dan desakan kuasa Baginda s.a.w.

Begitulah sebahagian kecil daripada syair-syair yang mengisahkan tentang kelahiran Baginda Rasulullah s.a.w. Peristiwa kelahiran Baginda s.a.w. sudah tentu adalah merupakan peristiwa yang terbesar dalam kehidupan kita sebagai umatnya. Dengan kelahirannya, Rahmat Allah S.W.T. tersebar ke serata alam. Dengan sebab kelahiran baginda, maka kita merasai nikmat Islam. Dengan sebab kelahiran baginda, maka kita pada hari ini dapat sujud dan tunduk menyembah kepada Tuhan Yang Maha Agung. Nah, sekarang ini tarikh 12 Rabi’ulawwal semakin hampir dengan kita. Apakah persiapan kita bagi menyambut tarikh yang bersejarah tersebut? Seandainya ulangtahun kelahiran kita, ibubapa kita, adik-beradik kita, rakan-rakan kita, serta orang-orang yang kita sayangi, kita raikan dengan penuh meriah, bagaimanakah sikap kita dalam menyambut ulangtahun kelahiran Rasulullah s.a.w.? Sudah tentu, kita meraikan ulangtahun kelahiran baginda bukanlah sepertimana orang-orang Barat meraikan ulangtahun kelahiran seseorang. Sebaliknya, kita meraikan ulangtahun kelahiran Baginda s.a.w. sebagai manifestasi kecintaan kita yang mendalam terhadap Baginda s.a.w.; kita penuhi dengan selawat, maulid serta pengkisahan tentang sirah Rasulullah s.a.w. Mencintai Rasulullah s.a.w. adalah merupakan kewajipan terhadap kita selaku umat Baginda s.a.w. Malah, dengan sebab kecintaan kita terhadap Baginda s.a.w. (yang benar-benar tulus) itulah yang akan mampu menyampaikan kita kepada keredhaan Allah S.W.T., serta kedudukan yang mulia di akhirat yang kekal abadi kelak.

Daripada Sayyidina Ali r.a., bahawa Nabi s.a.w. mencapai tangan Hasan r.a. dan Husin r.a., lalu bersabda (yang lebih kurang maksudnya):
“Sesiapa yang mengasihiku dengan mengasihi kedua-dua (cucuku ini) serta kedua ibu bapa mereka (Sayyiduna Ali dan Fatimah r.a.), maka mereka akan bersamaku di dalam kedudukanku pada hari Kiamat.” (Hadith riwayat Imam Ahmad dan Tirmidzi, hadith Hasan)

Dalam keadaan umat pada hari ini kegersangan pedoman dan panduan sehingga mengalami kecelaruan nilai dan kehilangan adab, adalah sangat perlu untuk kita mengembalikan ‘roh’ dan ‘contoh’ Baginda Rasulullah s.a.w. ke dalam kehidupan umat. Betapa umat pada hari ini sudah terlalu jauh daripada kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w.; biarpun lidah-lidah dan bibir-bibir menuturkannya, tetapi hakikatnya di dalam benak hati masih lagi mencintai banyak perkara lain lebih daripada kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya. Wallahu’alam

P/S : Dijemput semua jemaah ke majlis Selawat Daiba'ie yang akan dipimpin oleh Yang Berbahagia Ustaz Hj Abd Raof di Surau Taman Jasmin pada hari Selasa ini 22hb Disember 2009,semoga dengan kehadiran Tuan/Puan akan menyerikan majlis ini insyaAllah.

Program Sepanjang Disember


Berikut adalah program yang telah diatur oleh AJK Surau Taman Jasmin & Jasmin Indah sepanjang bulan Disember:


1) 13,20 & 27hb Disember : Kuliah Dhuha (Setiap Ahad)

Pengajar : Ust Khusairi Hamthan
Masa : 9.00 pagi

2) 22hb Disember 2009 : Majlis Sambutan Maal Hijrah 1431

Aturcara :
7.10 mlm : Solat Maghrib berjemaah
7.30 mlm : Selawat Daiba’ie
8.30 mlm : Tazkirah ringkas
9.00 mlm : Solat Isyak berjemaah
9.20 mlm : Jamuan
10.00mlm: Majlis Bersurai

3) 27hb Disember 2009 : Mesyuarat Agong Tahunan Surau Taman Jasmin & Jasmin Indah

Agenda :
i. Pembentangan Kewangan
ii. Rombakan AJK

4) 31hb Disember 2009 : Kuliah Bulanan

Pengajar : Ustaz Hambali Saad
Masa : Selepas Maghrib

Sehubungan dengan ini kami ingin dengan segala hormatnya mengundang kehadiran Tuan/Puan sekeluarga bagi memeriahkan lagi program ini. Semoga kita semua mendapat manfaat dari program2 yang telah diatur. InsyaAllah.

Tuesday, December 8, 2009

Bab Sembahyang Malam Dan Orang Yang Tertidur Atau Sakit


Hadis Aisyah r.a: Diriwayatkan daripada Zurarah r.a katanya: Saad bin Hisyam bin Amir ingin berperang di jalan Allah. Ketika datang ke Madinah beliau menemui beberapa orang dari penduduk Madinah, lalu mereka menahan niat tersebut dan memberitahunya bahawa enam orang yang lengkap dengan peralatan perang seperti pedang dan kuda juga mempunyai niat yang sama pada zaman Nabi s.a.w, tetapi Rasulullah s.a.w telah menahan mereka dengan pertanyaan: Bukankah aku ini merupakan contoh teladan bagi kamu? Apabila Nabi berkata demikian lalu beliau merujuk isterinya yang telah diceraikan sebelum ini. Aku bersaksi bahawa aku telah merujuk isteriku. Kemudian aku menemui Ibnu Abbas lalu aku bertanya kepadanya mengenai sembahyang witir Rasulullah s.a.w. Ibnu Abbas menjawab: Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan kepada kamu orang di atas muka bumi ini yang paling tahu berkenaan dengan witir Rasulullah s.a.w. Saad bertanya: Siapa? Beliau menjawab: Aisyah pergilah kamu menemuinya dan tanyalah kepadanya kemudian kamu datang kepadaku dan beritahulah apakah jawapannya nanti. Lalu aku bercadang untuk menemui Aisyah, dalam pada itu aku pergi menemui Hakim bin Aflah, lalu aku meminta supaya beliau bertanya Aisyah mengenai perkara tersebut. Beliau berkata: Aku bukanlah orang yang rapat dengannya kerana aku melarangnya dari memperkatakan tentang kedua-dua pihak tersebut (iaitu semasa pertelingkahan antara Aisyah dengan Ali) dan aku enggan menyokong mana-mana pihak kecuali setelah beberapa lama. Beliau berkata: Setelah aku meyakinkannya, beliau bersetuju untuk pergi bersamaku. Lalu kami berdua pergi mendapatkan Aisyah dan kami meminta izin untuk menemuinya, kemudian beliau mengizinkan kami menemuinya, lalu kami masuk menemuinya seraya Aisyah bertanya: Adakah kamu ini seorang hakim? Hakim memperkenalkan dirinya seraya menjawab: Benar! Aisyah bertanya lagi: Siapakah yang bersama kamu? Hakim menjawab: Saad bin Hisyam! Aisyah bertanya lagi: Siapa Hisyam? Hakim menjawab: Ibnu Amir! Lalu Aisyah mendoakan agar aku dirahmati Allah dengan kata-kata: Kebaikan (iaitu kebaikan untukku). Qatadah berkata: Sesungguhnya aku cedera semasa peperangan Uhud, lalu aku berkata: Wahai Ummul Mukminin! Ceritakanlah kepadaku mengenai akhlak Rasulullah s.a.w. Aisyah menjawab: Bukankah kamu membaca Al-Quran? Aku menjawab: Benar! Aisyah berkata lagi: Sesungguhnya akhlak Rasulullah s.a.w ialah Al-Quran. Qatadah berkata: Fahamlah aku apakah yang perlu aku lakukan dan aku tidak akan bertanya sesiapa pun mengenai sesuatu sehingga aku mati. Kemudian aku ingin tahu mengenai sesuatu, lalu aku bertanya: Ceritakanlah kepada aku mengenai sembahyang malam Rasulullah s.a.w. Aisyah berkata: Bukankah kamu pernah membaca ayat Al-Quran: يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ Yang bermaksud: Wahai orang yang berselimut! Aku berkata: Benar! Aku pernah membacanya. Aisyah berkata lagi: Sesungguhnya Allah s.w.t (Yang Maha Mulia lagi Maha Agung) telah mewajibkan sembahyang malam pada awal surah tersebut. Maka Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya telah mendirikannya selama setahun. Allah tidak menurunkan penutup bagi ayat tersebut dan menahannya selama dua belas bulan di langit sehinggalah diturunkan beberapa ayat pada penghujung surah tersebut sebagai satu keringanan, maka jadilah sembahyang malam itu sebagai satu perkara yang sunat selepas ianya diwajibkan. Aku berkata: Wahai Ummul Mukminin! Terangkan kepadaku mengenai sembahyang witir Rasulullah s.a.w. Aisyah menjawab: Kami menyediakan kayu sugi dan air untuk wuduk baginda. Allah akan membangkitkan baginda pada bila-bila masa yang baginda kehendaki, apabila baginda bangun, baginda bersugi dan mengambil wuduk dan baginda sembahyang sembilan rakaat tanpa duduk melainkan pada rakaat yang kelapan, baginda berzikir, bertahmid (memuji) dan berdoa kepada Allah, kemudian baginda bangkit tanpa memberi salam. Seterusnya baginda berdiri, lalu meneruskan rakaat yang kesembilan, kemudian baginda duduk lagi seraya berzikir, bertahmid, berdoa kepada Allah, lalu memberi salam, salam yang dapat didengari oleh kami semua. Selepas itu baginda sembahyang dua rakaat selepas memberi salam dalam keadaan duduk. Semua rakaat sembahyang Rasulullah s.a.w berjumlah sebelas rakaat. Wahai anakku! Ketika umur Rasulullah s.a.w meningkat tua dan semakin berisi, baginda hanya melakukan sunat witir sebanyak tujuh rakaat sahaja, di samping baginda melakukan dua rakaat sebagaimana dua rakaat yang baginda lakukan dahulu, jadi semuanya berjumlah sembilan rakaat. Wahai anakku! Sesungguhnya Nabi s.a.w apabila sembahyang baginda suka sembahyang berterusan. Apabila baginda tertidur atau tidak sedar pada waktu malam baginda akan melakukannya pada waktu siang sebanyak dua belas rakaat. Aku tidak pernah melihat Nabi s.a.w membaca Al-Quran seluruhnya dalam satu malam dan aku juga tidak pernah melihat Nabi s.a.w mendirikan sembahyang hingga ke waktu Subuh atau berpuasa selama sebulan berturut-turut selain dari bulan Ramadan. Saad berkata: Setelah aku mendengar jawapan dari Aisyah tersebut, aku lantas menemui Ibnu Abbas dan menceritakan kembali kepadanya. Ibnu Abbas berkata: Benarlah Aisyah. Seandainya aku berada berhampiran dengannya atau boleh menemuinya, nescaya aku sendiri akan menemuinya sehingga aku dapat bercakap secara langsung dengannya. Saad berkata: Aku menyebut: Sekiranya aku tahu bahawa kamu tidak dapat menemuinya nescaya aku tidak akan menceritakan Hadis tersebut Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1233

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha



Mewakili AJK Surau Taman Jasmin & Jasmin Indah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh muslimin muslimat khususnya penduduk Taman Jasmin & Jasmin Indah. Semoga kita dapat meningkatkan pengorbanan kita sebagai hamba bagi mentaati perintah Allah Maha Pencipta & Maha Penguasa sekelian alam...amin. Kepada jemaah Haji di Makkah semoga mendapat haji yang mabrur, Saie yang penuh kesyukuran dan dosa yang diampunkan..Amin ya Rabbalal alamiin..

Tuesday, November 24, 2009

Jom Puasa Arafah


Kelebihan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah



Kelebihan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah
Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah.

Para sahabat baginda bertanya, Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah? Ujar Baginda, Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun.

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)

Thursday, November 19, 2009

Khutbah Jumaat Minggu Lepas


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT,
Pada hari Jumaat yang penuh berkat dan dalam masjid yang suci ini, marilah kita bersama-sama tingkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah dan menjauhi segala larangan-Nya, sesungguhnya orang yang paling baik di sisi tuhan ialah orang yang paling bertaqwa. Tajuk khutbah kita pada hari ini ialah “MENJAGA ADAB KETIKA PERSELISIHAN PENDAPAT”.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT,
Islam adalah agama yang syumul dan lengkap. Jika manusia dapat mengikuti agama itu dengan khusyuk dan tertib, ia akan membawa kepada kecemerlangan. Tetapi sejak kebelakangan ini kita dilanda wabak yang merbahaya iaitu perselisihan pendapat atau ikhtilaf terbuka di antara ulamak dengan ulamak, orang awam dengan ulamak atau orang politik dengan ulamak mengenai isu agama Islam. Apa yang lebih memeranjatkan kita lagi ialah peningkatan orang bukan Islam dan orang yang jahil agama tanpa segan silu mengeluarkan pendapat terbuka tentang Islam.Berdasarkan pemerhatian mimbar, ikhtilaf di kalangan pihak-pihak tersebut telah menimbulkan suasana kelam-kabut dalam masyarakat Islam sekaligus menjejaskan nama baik agama Islam serta penganutnya. Mimbar ingin mengingatkan jemaah dan umat Islam sekalian, jangan memperbesar-besarkan
isu khilafiah, isu remeh-temeh seperti tahlil, maulidurasul, talqin dan sebagainya. Isu ini adalah isu lama dan ulamak yang bijak lagi waras tidak memperbesar-besarkannya.

Sabda Rasulullah SAW daripada ‘Iyadh bin Himar:
Mafhumnya: “ Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain”. (Riwayat Muslim)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT,
Merujuk kepada sejarah Islam, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Hanafi dan Imam Hambali serta aliran mazhab yang lain mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing. Anak-anak murid dan pengikut-pengikut mereka semakin bertambah dari hari ke hari. Tetapi mereka telah menunjukkan sikap mulia seperti saling hormat menghormati atas semangat setiakawan yang tinggi. Apa yang jelas, Islam telah meletakkan adab-adab yang tinggi ke atas setiap muslim dalam proses pergaulan sesama muslim termasuklah ketika berselisih faham mengenai isu yang kurang jelas. Namun begitu kita ditegah menghina ulamak tertentu walaupun berbeza pandangan atau pendekatan. Ulamak dahulu adalah umat yang terbaik dan mendapat pengiktirafan dari masyarakat ketika itu. Apa yang menyedihkan sekarang ialah perselisihan pendapat yang membawa krisis ulamak merugikan negara dan ummah. Keadaan ini diburukkan lagi apabila ada pihak yang anti-ulamak menulis atau membuat kenyataan secara sedar, jelas dan berterusan dengan niat dan tindakan untuk menghina Islam. Mimbar kesal dengan adanya percubaan pihak-pihak tertentu kononnya atas dasar kebebasan bersuara, berfikir dan mengeluarkan pendapat, maka sewenang- wenangnya mahu menjadikan Islam dan segala hukum syariat Islam
sebagai suatu perdebatan yang bebas mengikut sesuka hati sesiapa sahaja dan mengenepikan asas-asas kaedah dan disiplin ilmu yang betul dalam Islam. Kedangkalan ilmu sesetengah pihak bukan sahaja merosakkan imej dan kesucian agama Islam, malah akan menimbulkan kekeliruan yang merbahaya di kalangan masyarakat awam khususnya masyarakat Islam di negara ini. Mimbar berpendirian jika agama Islam dibiarkan didebat secara bebas, angkuh dan sombong bongkak seperti yang ditulis atau dilaungkan oleh pihak tertentu tanpa mengikut disiplin ilmu Islam yang betul, maka kewibawaan seluruh institusi Islam di negara ini akan terdedah kepada cercaan dan penghinaan.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT,
Mimbar mendapati budaya pihak tertentu yang terus menyerang ulamak dalam hasil tulisan mereka secara menghina dan biadap adalah suatu perkara yang tidak dapat diterima. Persoalannya kenapa golongan ulamak menjadi sasaran serangan yang berterusan oleh pihak-pihak ini.? Ulamak yang beramal dengan Islam sebenar tidak pernah mendakwa diri mereka sebagai manusia sempurna. Namun jika sekalipun pendapat ulamak mahu dikritik, kenapa perlu mereka dihina dan dicerca dengan mempermainmainkan
dan memerendah-rendahkan peribadi mereka dengan kata-kata menghina. Menyedari hakikat ini, umat Islam yang terlibat dengan perselisihan pendapat itu perlu menjaga adab-adab berikut:

Pertama: Bersifat lapang dada menerima kritikan yang membina. Sikap sedemikian dapat menghindarkan kita daripada bersifat sombong dan bangga diri atas kelebihan diri yang ada.
Kedua: Memilih perkataan yang terbaik dalam sesi perbincangan.
Ketiga: Menjaga tingkahlaku dan tuturkata dengan lebih bersopan. Hindarkan daripada caci maki dan nafsu jahat sehingga tergelincir daripada kebenaran. Insaflah, ikhtilaf boleh disalah tafsir atau dimanipulasikan oleh suatu perancangan berniat jahat dan seolah-olah ada suatu usaha tersusun dari pihakpihak tertentu untuk menyerang Islam dan institusi ulamak di negara ini. Sebagai langkah pengawalan, marilah kita memelihara perkara-perkara berikut:
Pertama, walaupun Islam membenarkan ikhtilaf tetapi wajib kita menjauhinya sekiranya ia tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar.
Kedua, perkara yang boleh diijtihad itu perlu mematuhi beberapa syarat bagi memastikan keaslian perbincangan tersebut.
Ketiga, mengikuti akhlak para salafusoleh dalam pergaulan sesama mereka ketika terjadi ikhtilaf.
Keempat, dilarang menuduh atau memfitnah sesama Islam kecuali disertai ilmu dan keadilan.
Kelima, tidak mencampur adukkan antara masalah ijtihadiyah dengan masalah iftiraq (perpecahan).

Firman Allah
Maksudnya: “Oleh sebab itu jika mereka berhujah membantahmu maka katakanlah: Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang yang mengikutku. Dan bertanyalah kepada orang yang diberi Kitab, dan orang yang buta huruf: Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (agama Islam yang aku bawa itu)? Jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah medapat petunjuk; dan jika mereka berpaling, maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu). Dan (ingatlah), Allah Maha Melihat (tingkah laku) sekalian hamba-Nya.” (Ali Imran: 20)

Wednesday, November 11, 2009

Program Cuti Sekolah


Program Cuti Sekolah
MAQ-Motivasi al-Quran
23 Nov - 24 Dis 2009
(Setiap Isnin, Selasa, Rabu, & Khamis)
(Selama 5 minggu) (20 hari)

(KHAS UNTUK WARGA SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN)


Pilihan Tempat Sesi Pagi : Masjid Bandar Baru Senawang (9.00 pg - 12.00 tgh)
Sesi Petang : Masjid Kariah Panchor Jaya (2.00 - 5.00 ptg)

Sasaran : Pelajar Sekolah Rendah & Sekolah Menengah

Aktiviti : Motivasi Kecemerlangan Pelajar
(Berdasarkan al-Quran & al-Hadith)
: Perkaitan al-Quran & Sains
(Penciptaan Manusia : Antara Teori Darwin, al-Quran & Sains)
(Tayangan Video & Ceramah)
: Talaqqi Juz Amma
: Terjemahan Juz Amma
: Hafazan Juz Amma
: Pertandingan (Kuiz, Hafazan, Azan & Iqamah)
: & aktiviti menjana minda

Yuran : RM 150 (modul kursus, makan minum, sijil penyertaan) + RM 30 (pengangkutan)
: (Secara Tunai, Bank In, Cek, Bank Draf, Money Order)
: BANK IN : CIMB ISLAMIC : 0507 0000 3581 04
: Atas nama : Infitah Training & Consultancy
: CEK, BANK DRAF, MONEY ORDER : Atas nama INFITAH TRAINING & CONSULTANCY

ANJURAN : Infitah Training & Consultancy
396, Jalan Jasmin 6, Taman Jasmin, 70450 Senawang, Negeri Sembilan Darul Khusus.

PERTANYAAN : infitahtraining@yahoo.com
: MOHD ARIF ASA'AD BIN JOHARI (016-373 3607)
: MOHD NOOR BIN MOHD TAHIR (013-200 6840)


"Membina Generasi Berilmu"


* sebar-sebarkan jika ada manfaatnya.. terima kasih...

Monday, November 2, 2009

KEMAMPUAN MENGERJAKAN HAJI


Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Ibadat Umrah hingga ibadat Umrah berikutnya adalah kifarat dosa di antara keduanya. Manakala ibadah Haji yang Mabrur iaitu Haji yang diterima, tiada ganjarannya selain dari Syurga
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 2403


KEMAMPUAN MENGERJAKAN HAJI

Soalan
Apakah istilah berkemampuan dalam ibadat haji?JawapanKemampuan ialah:
a. Ada perbelanjaan bagi diri sendiri, tanggungan yang dibawa dan orang yang tinggal yang wajib ditanggung nafkahnya.
b. Sihat badan
c. Aman perjalanan dan ada kenderaan.
d. Tidak suntuk masa untuk pergi setelah ada kemampuan pada tahun itu.

Soalan
Adakah hukumnya salah, apabila seseorang mengerjakan haji dari perbelanjaan yang dikeluarkan oleh orang lain?

Jawapan
Tidak salah. Tetapi tidak wajib ia menerimanya kerana takut menanggung budi.

Soalan
Bolehkah seseorang berhutang untuk menunaikan fardhu haji?

Jawapan
Tidak wajib haji selagi belum ada kemampuan. Dengan ini tidak perlu berhutang. Kalau dia berhutang juga sedang dia tidak ada cagaran untuk membayarnya maka ia berdosa kerana menyusahkan dirinya dengan perkara yang belum diwajibkan.

Soalan
Adakah dibolehkan seorang mengerjakan haji sedangkan dia belum melunaskan semua hutangnya yang dibayar setiap bulan dari potongan gajinya?

Jawapan
Ya, dia boleh mengerjakan haji kerana ia ada mempunyai cagaran untuk membayar hutangnya. Malah jika dia ada wang simpanan yang memang tidak digunakannya untuk membayar hutang, wajiblah ia mengerjakan haji apabila sampai masanya sebagaimana ia wajib menzakatkan wang itu melainkan kalau digunakannya wang itu semua untuk membayar hutangnya itu.

Soalan
Sahkan haji seseorang yang menggunakan wang si-noman di mana dia adalah penerima yang pertama?

Jawapan
Sah hajinya

http://al-azim.com/haji/faq/mampu.htm

Saturday, October 24, 2009

Once upon a time in a south


Pentingnya Ilmu

Kalau dalam blog tuan guru yang dikasihi Ust Hambali ada posting 'Once Upon A Time In Kuala Kedah', kami ingin meminjam idea Ust dengan tajuk di atas. Suatu ketika di sebuah negeri di selatan semenanjung, aku bersama 3 orang sahabat yang lain merancang untuk ke KLCC. Ketika itu KLCC baru siap, manakala seorang dari kami baru mendapat lesen memandu.
Kami tak pasti jalan ke sana, memandangkan sebelum ini jika ke KL, ada pemandu, naik Volvo..maaf, bukan kereta, tapi bas volvo. Ape lagi..syarikat bas transnasional la.
Berbalik kepada cerita tadi, salah seorang dari kami mengatakan dengan yakin bahawa dia tahu jalan ke KLCC. Kacang je katanya.
Tiba hari yang dijanjikan, kami berempat memulakan perjalanan. Si penunjuk jalan duduk di sebelah pemandu, meluncurlah si perodua kancil yang disewa dengan RM 40. Perjalanan yang seronok,disulam dengan gelak ketawa dek lawak yang merapu, maklumlah remaja, ketika itu masing2 panjang angan2nya. Akhirnya sampailah kami ke jalan Sungei Besi. Lalu si penunjuk jalan mula main peranan.
Yang saya masih ingat mula2 sekali selepas TUDM S. Besi, pusing kiri. Dari jauh kami sudah dapat melihat bangunan KLCC yang tersergam indah. Masing2 sudah begitu teruja. Pusing kiri,pusing kanan, hampir setengah jam,dengan kesesakan lalu lintas,rasa teruja mula pudar, berganti rase tertekan. KLCC adakalanya makin dekat, adalanya makin jauh. Hilang sudah sabar aku, akhirnya aku bertanya kepada si penunjuk jalan "kau ni sebenarnya tau ke tak jalan ni". Akhirnya dia mengaku "tak tahu". Si pemandu dah mula panik "Abih hari tu ko cakap ko tau?". Dia menjawab " aku ingatkan senang je, bila KLCC tu belah kanan aku belok kanan, bila nampak KLCC tu belah kiri aku masuk kiri, tak sangka pulak jadi macam ni...". Lantas berhamburlah sumpah seranah dan maki hamun, lalu kami membuat keputusan untuk pulang memandangkan hari sudah beransur petang. Masih dalam kesesatan, bertanya dengan orang, akhirnya jumpa jalan pulang ke selatan, dalam keadaan yang hampa.

Pengajaran

Setiap kerja yang kita lakukan, mestilah dengan ilmu. Tanpa ilmu, pasti kita akan sesat. Walaupun jalan ke KLCC tu sebenarnya lurus melalui Jalan Tun Razak, tetapi oleh kerana tiada ilmu, tetap tersesat. Ilmu menyuluh kita ke jalan yang lurus lagi benar. Memetik kata2 tuan guru yang dikasihi Ustaz Abd Raof di dalam blognya

"Setiap Insan wajib mencari kebenaran . Kebenaran setiap hari dipohon kepada Tuhan, 17 kali sehari. Ihdinashirothal mustaqim. Apakah shirotal mustaqim itu?. Tiada lain melainkan shirothal lazina an am ta alaihim, minanabiyyiina washiddiqqin washuhada i washolihin. Jalan yang lurus itu ada lah jalan orang yang telah diberi pertunjuk dari kalangan para Nabi, Orang Shidiq (yang benar seluruh keadaannya) , Orang yang syahid dan Orang yang solih.
Memahami keadaan ini, yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t "JALAN YANG LURUS", bukanlah semata-mata dengan meneliti al-Quran dan al-Hadis sahaja tanpa menoleh kepada manusia dikalangan para hambaNya yang terpilih, yang telah mengikuti al-Quran dan al-Hadis dengan cara yang benar. Maka mengikuti Para Nabi a.s , Para Ulama r.a yang soleh yang beramal dengan ilmunya, menuruti fatwa mereka yang sahih, mengikuti ijtihad mereka yang teramai (jumhur) adalah terkandung dalam intisari surah al-Fatihah. insyallah.. Adalah fahaman yang salah dan menyeleweng , jika dikatakan mengikuti ijtihad mereka yang teramai (jumhur) sebagai tidak mengikuti al-Sunnah/al-Hadis. Wassalam".

Wednesday, October 21, 2009

Pertanyaan Hazrat Asma' r.anha Mengenai Ganjaran Bagi Kaum Wanita

Hazrat Asma' Binti Yazid ialah seorang wanita Ansar. Beliau telah datang kepada Rasulullah S.A.W. dan berkata "Ya Rasulullah,tuan terlebih saya kasih daripada kedua-dua ibu dan bapa saya.Saya ialah sebagai utusan daripada wanita-wanita Islam untuk berjumpa dengan Tuan. Sesungguhnya tuan diutuskan sebagai nabi untuk kaum lelaki dan juga wanita. Sebab itulah kami jemaah kaum wanita beriman dengan tuan dan juga Allah S.W.T. Tetapi kami tinggal dalam empat penjuru rumah dan sentiasa berada disebalik tabir. Kami ialah teman kaum lelaki di dalam rumah. Keperluan hawa nafsu mereka disempurnakan melalui kami juga.Kami menanggung anak-anak mereka dalam perut kami. Namun demikian, kaum lelaki mendahului kami dalam banyak amal kebajikan. Mereka dapat bersolah Jumaat,mereka dapat bersolah jemaah, mereka menziarahi orang sakit, mereka menghadiri upacara jenazah, menunaikan haji demi haji dan lebih daripada itu mereka berjuang di jalan Allah S.W.T. Apabila mereka pergi haji atau umrah ataupun berjihad maka kami kaum wanitalah yang menjaga harta mereka. Kami menenun pakaian untuk meraka dan kami menjaga anak-anak mereka. Apakah kami tidak mendapat bahagian pahala mereka?

Setelah mendengarkan ini, Rasulullah S.A.W. berpaling ke arah para sahabat r.a lalu bersabda, "Adakah kamu pernah mendengar seseorang yang bertanyakan soalan agama yang lebih baik daripada wanita ini?"


Para sahabat r.a menjawab "Kami tidak terfikir yang wanita juga boleh bertanyakan soalan sedemikian"


Selepas itu Rasulullah S.A.W berpaling kepada Hazrat Asma' r.anha dan bersabda "Dengar dengan teliti serta fahamkan dan kemudian pergilah beritahu kepada wanita-wanita yang telah menghantar kamu. Layanlah suami kamu dengan baik dan carilah kesukaannya serta tunaikan kesukaannya itu maka pahala bagi kesemua amal kebajikan tadi ialah sama antara kamu dan mereka". Maka kembalilah Hazrat Asma' r.anha dengan penuh gembira setelah mendengar jawapan tersebut.


Keterangan


Kaum wanita hendaklah mengadakan hubungan yang baik dengan suami mereka serta mentaati mereka. Ketaatan terhadap suami merupakan satu amalan yang berharga tetapi kaum wanita terlalu lalai dalam perkara ini.

Suatu ketika para sahabat r.a bertanya kepada Rasulullah S.A.W. " Orang-orang 'Ajam (selain daripada bangsa 'Arab) sujud kepada raja-raja da ketua-ketua mereka. Sepatutnya tuan lebih layak untuk disujud. Izinkanlah kami sujud kepada tuan.

Rasulullah S.A.W melarang mereka daripada bersujud dan bersabda "Sekiranya saya memerintahkan seseorang itu untuk sujud kepada sesuatu selain daripada Allah S.W.T, sudah pasti saya akan memerintahkan wanita-wanita sujud kepada suami mereka.

Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda lagi,"Demi Allah yang nyawaku berada dalam genggamanNya, seseorang wanita tidak boleh menyempurnakan hak Allah S.W.t selagi dia tidak menyempurnakan hak suaminya."

Diriwayatkan dalam satu hadith,seekor unta datang dan sujud kepada Rasulullah S.A.W,lalu para sahabat r.a berkata "Unta ini pun telah sujud kepada Rasulullah S.A.W,sedangkan kami lebih layak untuk sujud kepada Baginda S.A.W." Rasulullah melarang mereka dan memberi jawapan yang sama iaitu "Kalau saya memerintahkan kepada sesiapa untuk sujud kepada sesuatu selain Allah S.W.T, maka saya akan perintahkan wanita untuk sujud kepada suami mereka.

Dalam satu riwayat hadith yang lain,sekiranya seseorang wanita meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha dengannya maka dia akan memasuki syurga.

Dalam satu riwayat yang lain, sekiranya seseorang wanita marah kepada suaminya dan tidur berasingan pada malam itu maka para malaikat mengutuk-ngutuknya (melaknat).

Solah daripada dua golongan tidak akan naik ke langit melepasi kepala mereka iaitu seorang hamba yang melarikan diri daripada tuannya dan seorang wanita yang tidak taat kepada suaminya.


Petikan drp kitab Fadhilat Amal - kisah-kisah para sahabat Bab 10 Semangat Keagamaan di Kalangan Wanita - m.s 181.

Monday, October 19, 2009

Taklimat Program Khairat Kematian


Pihak AJK Surau Taman Jasmin Akan menganjurkan satu taklimat berkenaan program Khairat Kematian bagi penduduk Taman Jasmin & Taman Jasmin Indah. Butiran Program adalah seperti berikut:-


Tarikh : 23hb Oktober 2009 (Jumaat)


Masa : Selepas Solat Isyak


Tempat : Surau Taman Jasmin


Pihak surau memerlukan maklumbalas dari penduduk sebelum melancarkan program ini. Semua dijemput hadir.


Thursday, October 15, 2009

Harta Oh Harta..


Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:

Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Seandainya anak Adam memiliki satu lembah yang penuh dengan harta, pasti dia masih ingin memiliki yang sepertinya lagi. Sedangkan yang memenuhi diri anak Adam itu hanyalah tanah (kubur) dan Allah mengampunkan atau menerima taubat orang yang ingin bertaubat
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1739

Hadis Anas r.a katanya:

Rasulullah s.a.w bersabda: Seandainya anak Adam mempunyai dua lembah harta tentu dia masih menginginkan yang ketiga. Padahal yang memenuhi perut anak Adam hanyalah tanah-tanah (kuburnya) dan Allah tetap menerima taubat orang yang ingin bertaubat
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1737


Nabi s.a.w telah bersabda: Hati orang tua menjadi muda kerana mencintai dua perkara: Mencintai hidup dan harta
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1734

Hadis Anas r.a katanya:

Rasulullah s.a.w telah bersabda: Anak Adam menjadi semakin tua, tetapi ada dua perkara daripadanya yang akan menjadikannya semakin muda iaitu: Tamak kepada harta dan tamak kepada umur
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1736

Thursday, October 1, 2009

LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA

Sabda Rasulullah S.A.W

Ertinya:Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti ANGIN MERAH atau GEMPA BUMI atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".
Hadis Riwayat Termizi
Langit Sydney bertukar jadi oren

SYDNEY - Jika Malaysia dilanda jerebu akibat pembakaran hutan, satu ribut debu yang berasal dari kawasan pedalaman menyelubungi timur Australia menyebabkan langit di bandar raya Sydney bertukar menjadi warna oren semalam.
Ribut debu itu menyebabkan pengangkutan awam terjejas manakala pihak berkuasa kesihatan memberi amaran berhubung penyakit berkaitan pernafasan dengan meminta orang ramai tinggal di dalam rumah.
Pesawat-pesawat penerbangan antarabangsa dialihkan dari Sydney, perkhidmatan pengangkutan feri ditangguhkan manakala pengguna kenderaan diminta memasang lampu kerana kadar jarak penglihatan terbatas.
Bagaimanapun, suasana itu tidak menyebabkan semua aktiviti terhenti.
Pantai Bondi di Sydney masih dikunjungi oleh peluncur ombak dan kanak-kanak bermain di taman permainan walaupun ruang udara diseliputi dengan warna oren.
Ribut debu itu yang pada mulanya menyelubungi bandar perlombongan Broken Hill kelmarin sebelum bergerak ke timur berpunca daripada debu yang terbang dari kawasan dilanda kemarau.
Pihak berkuasa mendesak orang ramai yang mempunyai penyakit asma atau kesukaran bernafas supaya tinggal dalam rumah atau bangunan.
"Orang ramai yang berdepan dengan risiko ialah kanak-kanak, orang tua, wanita hamil, mereka yang menghidap penyakit jantung dan paru-paru.
"Partikel debu itu akan meningkatkan risiko orang yang menghidap penyakit tersebut menjadi tidak sihat," kata seorang pegawai Jabatan Kesihatan Negeri New South Wales, Wayne Smith.
"Ia seperti hari pertarungan antara golongan baik dengan jahat kerana apabila saya berada di dapur melihat ke arah langit, ia menjadi oren," kata seorang penduduk memberitahu radio Stesen Penyiaran Australia.
Ribut itu dianggap yang terburuk dalam tempoh 70 tahun tetapi tidak ada seorang pun dilaporkan meninggal dunia.
Bagaimanapun, perkhidmatan ambulans melaporkan menerima banyak panggilan telefon daripada orang ramai yang mengalami masalah pernafasan.
Menjelang tengah hari, ribut itu berakhir.
Ribut itu yang membawa 5 juta tan debu itu kemudian bergerak ke negeri Queensland, selatan Australia.
Biro Meteorologi Australia menyatakan ribut petir dan angin kencang yang menerbangkan debu dari kawasan pedalaman dan menyebarkannya ke kawasan penduduk paling padat di Australia.
Angin selaju lebih 100 kilometer sejam turut menyebabkan kebakaran di negeri itu.
"Ini sesuatu yang tidak pernah berlaku. Kami melihat bumi, angin dan api berlaku secara serentak," kata seorang pakar meteorologi, Dick Whitaker. - Agensi
Petikan Kosmo 24/9/2009
Tangisan Padang: 770 Maut; 294 Parah; 500 Bangunan runtuh

Gegaran susulan kejutkan Jambi; Sumatera diisytihar darurat PADANG:

Ketika keadaan di Sumatera Barat masih kelam kabut berikutan gempa bumi kelmarin yang setakat ini mengorbankan 770 orang, manakala 294 mangsa cedera, Indonesia dikejutkan dengan satu lagi gegaran di kawasan Jambi di selatan bandar ini, pagi semalam. Setakat ini, tiada laporan mengenai kematian akibat gegaran susulan berukuran 6.6 skala Richter pada jam 9.53 pagi itu yang turut dirasai di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, termasuk Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.6 Richter di Sumatera Barat pada jam 5:15 waktu tempatan kelmarin, beribu-ribu orang dikhuatiri masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan dengan beberapa mangsa yang masih hidup berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat, semalam. Lebih 500 bangunan termasuk beberapa hotel, sekolah, hospital dan gedung beli belah dilaporkan musnah atau mengalami kerosakan teruk dalam kejadian itu. Hotel Bumi Minang, satu daripada hotel kegemaran rakyat Malaysia yang melancong ke Kota Padang atau menziarahi saudara mara di sana, juga dilaporkan runtuh dengan sejumlah orang dikatakan masih terperangkap, tetapi Kedutaan Malaysia di Jakarta mengesahkan semua 330 pelajar Malaysia di Padang selamat dan tiada laporan rakyat Malaysia terkorban.

Hospital utama Padang, Rumah Sakit Djamil pula penuh sesak dengan mangsa dan keluarga mereka. Berpuluh yang cedera terpaksa dirawat di dalam khemah yang dipasang di perkarangan hospital itu yang bangunannya turut mengalami kerosakan. Pemerintah Indonesia mengisytiharkan darurat di wilayah Sumatera Barat dan mahu semua pihak bersedia menghadapi keadaan yang terburuk. "Jangan anggap bencana ini kecil. Kita harus bersedia menghadapi yang terburuk dan melakukan apa yang perlu untuk membantu mangsa," kata Presiden Susilo Bambang Yudhoyono di Jakarta sebelum berlepas ke Padang. Pasukan penyelamat pertama dari luar Padang yang dianggotai petugas kementerian kesihatan dan tentera Indonesia tiba di bandar berkenaan, semalam.

Tugas mereka untuk mencari mangsa yang hidup dalam runtuhan bangunan. "Kami memerlukan jentera berat untuk mengangkat runtuhan," kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana, Priyadi Kardono. Beliau berkata, tiga pesawat pengangkut tentera bersiap sedia untuk menghantar bantuan termasuk khemah, selimut dan ubat. "Kesan gempa bumi berkenaan mungkin sebesar gempa Yogyakarta," katanya merujuk kejadian gempa 2006 yang membunuh 6,000 penduduk. Ketua pusat krisis kementerian kesihatan, Rustam Pakaya memberitahu AFP sebuah hospital utama di bandar itu adalah antara bangunan yang runtuh. "Rumah dan bangunan runtuh menyebabkan beribu-ribu penduduk terperangkap di dalam runtuhan berkenaan," kata Pakaya yang menjangka angka kematian melebihi 1,000 orang. Yanto, seorang penyambut tetamu hotel di Padang berkata bekalan elektrik masih terputus pagi semalam selepas 15 jam kejadian gempa. "Hotel kami musnah teruk. Banyak rekahan dan runtuhan dari konkrit," katanya yang bersyukur semua tetamu hotel itu selamat. Laporan beberapa pihak berkuasa setempat pula menyebut lebih 100 mangsa dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan Hotel Ambacang di tengah Kota Padang dan lebih 60 murid terperangkap dalam bangunan tiga tingkat tempat mereka mengikuti tuisyen ketika kejadian. – Agensi
Petikan Berita Harian 2/10/2009
P/S : Perhatikan kaitan antara hadis Nabi S.A.W di atas dan kejadian yang berlaku semalam dan bulan lepas, pastinya terbukti kebenarannya. Oleh itu marilah sama kita berusaha memantapkan iman kita, kerana kita sudah tiada masa...ALLAHUAKBAR!!!

Tuesday, September 29, 2009

Dalil Puasa Sunat 6 Hari Syawal



Disunnahkan oleh syara mengiringi puasa di bulan Ramadan dengan berpuasa enam hari di dalam bulan Syawal. Setelah berpuasa enam, maka tidak ada acara menyambut Hari Raya yang dikhususkan untuk merayakan puasa enam seperti apa yang dinamakan “Hari Raya Ketupat Besar” sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian masyarakat Melayu.

Dalil-dalil yang menunjukkan sunnahnya puasa enam hari di bulan Syawal:


عَنْ اَبِيْ اَيُّوْبَ اْلاَنْصَارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اَتْبَعَهُ سِتَّا مِنْ شَوَّالِ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ.


“Dari Abi Ayub al-Ansari radiallahu ‘anhu: Bahawa Rasulullah bersabda: Barangsiapa berpuasa ramadan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti puasa setahun”. (H/R Muslim (1164). Ibn Majah (1612/1716). Imam Ahmad dalam musnadnya (2/204-5/417/419). Abu Daud (2433). Tirmizi (759). Nasaii dalam As-Sunan al-Kubra (2/2862). At-Thayalisi dalam Al-Musnad (hlm. 81). Abdurrazzak dalam Al-Musannaf (7918, 7919, 7921). Ibnu Syaibah dalam Al-Musannaf (3/97). At-Tahawi dalam Musykil al-Atsar (2238, 2340,2341,2345). Al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra (4/292), H/R Ahmad 417. Muslim 822 (Kitabus Siam) no. 1164. Abu Daud. 2/812-813. (Kitabus Siam). No 2433. At-Turmizi . (Bab As-Siam) no 756 Turmizi berkata: Hadis hasan sahih. Ibnu Majah 3/206-207 (Kitabus Siam) no 1716)


عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ اِبْرَاهِيْمَ : اَنَّ اُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ كَانَ يَصُوْمُ اَشْهُرَ الْحُرُمِ ، فَقَالَ لَهُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : صُمْ شَوَّالاً. فَتَرَكَ اَشْهُرَ الْحُرُمِ ثُمَّ لَمْ يَزَلْ يَصُوْمُ شَوَّالاًحَتَّى مَاتَ.


“Dari Muhammad bin Ibrahim bahawa Usamah bin Zaid berpuasa pada bulan-bulan mulia, lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda kepadanya: Puasalah pada bulan Syawal. Lalu dia meninggalkan puasa bulan-bulan mulia dan terus berpuasa dibulan Syawal hingga dia meninggal dunia”. (Lihat: Al-Jami As-Saghir 2/99 hadis no 5037. Imam as-Syuti menyebutkan bahawa hadis ini sahih. H/R Ibnu Majah no. 1744)


مَنْ صَامَ رَمَضَانَ فَشَهْرٌ بِعَشَرَةِ أَشْهُرٍ وَصِيَامُ سِتَّةِ أَيَّامٍ بَعْدَ الْفِطْرِ فَذَلِكَ تَمَامُ السَنَةِ


“Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadan, maka puasa sebelum itu sama dengan sepuluh bulan dan dengan puasa enam hari setelah berbuaka (berhari raya), maka itu melangkapi puasa setahun”. ((H/R Ahmad 5/280). Ibnu Majah (1715). An-Nasaai dalam As-Sunan Al-Kubra (2/2860). Al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra (4/393) dan dalam Asy- Syu’bah Al-Imam 3/3736). Al-Khatib dalam Tarikh Baghdad (2/362) Ad-Darimi dalam As-Sunan (2/21). Ibnu Khuzaimah dalam Sahihnya (2115). At-Tahawi dalam Musykil Al-Atsar (2348). At-Tabrani dalam Musnad Asy- Syamiyin (903))

Menurut Imam An-Nanawi rahimahullah: “Para ulama berkata: Bahawa puasa enam setara dengan puasa setahun, kerana satu kebaikan diberi ganjaran sepuluh kali ganda. Puasa sebulan Ramadan sama dengan puasa sepuluh bulan, puasa enam pula sama dengan berpuasa dua bulan”. (Lihat: Syarah Muslim 3/238)

Menurut Ibn Qudamah rahimahullah: “Puasa enam hari di bulan Syawal disunnahkan sebagaimana pendapat kebanyakan para ulama, iaitu berdasarkan riwayat dari Ka’ab al-Ahbar, Asy-Syafie dan Maimun bin Mihran serta inilah pendapat Imam Asy-Syafie rahimahullah dan Ahmad”. (Lihat: Al-Baihaqi dalam Ma’rifat As-Sunan Wal-Atsar (3/450). An-Nawawi dalam Syarah Muslim (3/238). Abdullah bin Ahmad dalam Masail Ahmad hlm 93. Syarah ‘Umdatul Ahkam (2/556)). (Lihat: Al-Mugni (4/438))

Apakah Dikerjakan Pada Minggu Pertama Syawal Atau Semestinya Berturut-turut?

Tidak disyaratkan dikerjakan pada minggu pertama Syawal, kedua atau ketiga atau secara beruturut. Boleh dikerjakan pada Hari Raya kedua, berturut-turut atau diselang seli kerana keumuman sabda Rasulullah:


وَأَتْبَعَهُ بِسِتٍّ مِنْ شَوَّالَ (وَفِى رِوَايَةٍ) سِتًّا مِنْ شَوَّالَ.


“Dan ikutkanlah/iringkanlah dengan puasa enam hari di bulan Syawal. (Diriwayat yang lain) Enam hari di bulan Syawal”.

Hadis di atas ini menunjukkan bahawa bulan Syawal keseluruhannya waktu untuk berpuasa enam, diberi kelongaran sehingga tidak dikhususkan sebahagian waktu dengan waktu yang lain, yang pesti ia dipisahkan oleh puasa Ramadan dengan Hari Raya pertama (1hb Syawal), kerana tidak dibolehkan berpuasa pada awal Hari Raya.

Ibn Taimiyah menjelaskan: Telah diketahui bahawa puasa Syawal tidak bersambung dengan puasa Ramadan, jika melakukannya di awal bulan lebih afdal kerana lebih hampir dengan Ramadan, maka melakukan di akhir bulan Syawal juga afdal kerana mengakhirinya menghampirkan puasa Ramadan dengan puasa lainnya, atau menjadikan Hari Raya kedua seperti yang dilakukan sebahagian orang, maka keduanya ada kebaikannya sama ada di awal atau di akhir Syawal.

Menurut Imam An-Nawawi rahimahullah: “Pendapat dari kalangan ulama Syafiyah puasa enam hari sunnah dilakukan secara berterusan/berurutan, kerana menurut Imam an-Nawawi: Para sahabat kami berkata: Disunnahkan puasa enam bulan Syawal berdasarkan hadis sahih. Mereka juga berkata: Disunahkan berpuasa berurutan (terus menerus enam hari tanpa diputuskan), tidak ditunda sehingga akhir bulan, namun sebaliknya juga dibolehkan, orang yang melakukan masih mengikut sunnah yang sesuai dengan keumuman makna hadis dan kemutlakannya. Dan ini tiada perbizaan dikalangan mazhab kami, sebagaimana juga pendapat Ahmad dan Abu Daud”. (Lihat: Al-Majmu’ (6/379))

Menurut Imam Ahmad, dijelaskan oleh anaknya Abdullah: “Nabi Muhammad bersabda: Enam hari dari bulan Syawal, maka apabila seseorang berpuasa enam hari tersebut, tidak perlu dikhuatari sama ada dilakukan berselang seli atau serentak (berurutan)”. (Lihat: Masail Abdullah hlm. 193)

Berpuasa enam Syawal sunnah hukumnya dan diberi pahala yang besar.

Puasa Sunnah Enam, Apakah Boleh Didahulukan Jika Ada Puasa Qada (Mengqada Puasa Ramadan)?

Syeikh Utaimin rahimahullah berkata: “Ini adalah suatu persoalan yang perlu dijelaskan, iaitu bahawa puasa enam (di bulan Syawal) tidak boleh didahulukan dari mengqada puasa fardu Ramadan yang tertinggal. Jika ada yang tertinggal puasa Ramadan, kemudian melakukan puasa enam sebagai sunnah mutlak, ia tidak memperolehi sebagaimana yang dijelaskan oleh Nabi di dalam hadisnya (Lihat: Syarah Al-Mumti’ (6/448)):


مَنْ تَطَوَّعَ وَعَلَيْهِ مِنْ رَمَضَانَ شَيْءٌ لَمْ يَقْضِهِ فَاِنَّهُ لاَ يُتَقَبَّلُ مِنْهُ حَتَّى يَصُوْمَهُ


“Barangsiapa yang mengerjakan puasa sunnah sedangkan ia mempunyai hutang (qada’) Ramadan yang belum ditunaikan, maka puasa sunnahnya tidak diterima sampai ia membayarnya (mengqada’nya). (Lihat: Al-Mugni. 4/401)


مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اتْبَعَهُ بِسِتٍّ مِنْ شَوَّالَ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ.


“Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadan, lalu ia mengiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka seakan-akan ia telah berpuasa setahun”.

Oleh kerana hadis ini menetapkan: (Barangsiapa yang berpuasa Ramadan) adalah jelas. Sebahagian ahli ilmu ada yang berbeza pendapat tentang sahnya melakukan puasa sunnah sebelum mangqada’ puasa wajib. Namun masalah ini tidak berlaku khasnya kepada perkara ini, kerana hadis ini menyatakan dengan jelas tidak ada puasa enam hari kecuali setelah mengqada’ puasa Ramadan”. (Lihat: Al-Mugni. 4/401)

Perbezaan Pendapat Tentang Puasa Enam Syawal

Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad tidak menganggap sunnah puasa enam hari di bulan Syawal. Namun ini diingkari (dibantah) oleh al-Hafiz Asy-Syaukani, beliau mengatakan:

“Mereka berhujjah bahawa mungkin (puasa enam hari Syawal) akan dianggap sebagai puasa yang wajib. Ini adalah pendapat yang batil yang tidak pantas dikeluarkan oleh orang yang memiliki akal fikiran, apalagi seorang ulama seperti mereka dalam menentang sunnah yang sahih dan jelas. Malah pendapat seperti ini akan berlaku pula pada semua puasa yang dianjurkan oleh agama dan tidak seorangpun yang mengatakan demikian. Sementara Imam Malik berhujjah dalam memakruhkannya sebagaimana yang beliau katakan di dalam Al-Muwata’: Bahawa beliau tidak pernah melihat seorangpun dari kalangan ulama yang mengerjakan puasa enam hari Syawal. Sedangkan perlu dijelaskan bahawa jika ia tidak melihat seseorang melakukan sesuatu sunnah, maka tidak bererti pendangannya boleh menolak sunnah”. (Lihat: Nailul Autar (4/282))

Pendapat Yang Rajih (Lebih Sahih Dan Kuat)

Namun pendapat yang lebih rajih ialah hadis Aisyah radiallahu ‘anha bahawa beliau mengqada’ puasanya di bulan Syaban dan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam membenarkannya:


ِكَانَ يَكُوْنُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ فَمَا أَسْتَطِيْعُ أَنْ أَقْضِيَهُ اِلاَّ فِى شَعْبَانَ


“Dahulu aku mempunyai hutang puasa Ramadan, maka aku tidak mampu mengqada’nya kecuali pada bulan Sya’ban”. (H/R Bukhari l950. Muslim 1146)

Maka dibolehkan berpuasa sunnah sebelum mengqada’ puasa wajib yang tertingggal. Kewajipan mengqada’ puasa tidak dibatasi oleh waktu-waktu tertentu. (Lihat: Bada’ As-Sanai’ 2/104. (rujuk pendapat al-kasani))

Menurut Imam An-Nawawi: Mazhab Maliki, Abu Hanifah, As-Syafie, Ahmad dan Jumhur Ulama Salaf dan Khalaf, bahawa mengqada’ puasa Ramadan bagi orang yang meninggalkannya kerana uzur seperti disebabkan haid atau dalam musafir, maka tidak disyaratkan mengqada’nya dengan segera setelah mampu melakukannya, (Lihat: Syarah Muslim. 3/213. An-Nawawi) kerana keumuman Firman Allah Azza wa-Jalla:


فَعِدَّةٌ مِنْ أيَّامٍ أُخَرُ يُرِيْدُ اللهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيْدُ بِكُمُ الْعُسْرَ


“berpuasalah dihari-hari yang lain, Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kesusasah bagi kamu”. (al-Baqarah 2: 185)

Menurut Imam Qurtubi rahimahullah: “Ayat ini menunjukkan wajibnya mengqada’ puasa tanpa ditentukan harinya, kerana lafaz ayat tersebut berlaku sepanjang masa tanpa ditentukan pada masa-masa tertantu”. (Lihat: al-Jami Li Ahkam Al-Quran 2/282. al-Qurtubi)

Syeikul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah setelah mengingkari pendapat Imam Ahmad rahimahullah yang memakruhkan puasa enam hari Syawal, maka Ibn Taimiyah berkata: “Apabila dilakukan di akhir Ramadan, maka antara keduanya telah terpisah oleh Hari Raya. Dan larangan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam berkenaan puasa di Hari Raya menunjukkan bahawa larangan tersebut khusus jika dikerjakan pada hari itu sahaja, sedangkan di hari-hari setelahnya adalah hari yang dibolehkan dan diizinkan untuk berpuasa. Jelasnya jika baginda mahu melarang dari puasa enam hari Syawal, pasti baginda akan menegahnya sebagaimana baginda menegah berpuasa diawal bulan Ramadan (Lihat: Syarah Al-Umdah (2/559)):


لاَ تُقَدِّمُوْا رَمَضَانَ بِصَوْمٍ وَلاَ يَوْمَيْنِ.

Janganlah kamu mendahului puasa Ramadan dengan puasa sehari atau dua hari sebelumnya”. (Rujuk: Sahih Bukhari hadis no: 1914, Sahih Muslim, hadis no: 2514)

Thursday, September 17, 2009

Sunday, September 13, 2009

Mari Beriktikaf Akhir Ramadhan

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:

Rasulullah s.a.w pernah beriktikaf iaitu berada di dalam masjid selama sepuluh hari pada pertengahan bulan Ramadan. Selepas berlalu malam yang kedua puluh dan memasuki hari atau malam yang kedua puluh satu baginda pulang ke rumahnya. Para sahabat yang beriktikaf bersama-sama baginda juga turut pulang. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda di bulan Ramadan yang sama dan waktu yang sama di mana baginda pulang ke rumah, setelah menyuruh atau mengajak mereka supaya selalu tabah terhadap kehendak Allah dengan sabdanya: Aku telah beriktikaf selama sepuluh hari dan kemudian aku lanjutkan selama sepuluh hari yang berikutnya. Oleh itu sesiapa yang ingin melanjutkan iktikaf bersamaku, tetaplah berada di tempat iktikafnya. Aku telah bermimpi melihat Lailatulqadar tetapi aku terlupa waktunya. Carilah ia dalam sepuluh hari ganjil yang terakhir. Pada waktu itulah aku melihat aku sedang sujud pada air dan tanah. Abu Said Al-Khudriy r.a berkata: Kami dibasahi hujan pada malam hari yang kedua puluh satu. Masjid telah basah, begitu juga dengan tempat sembahyang Rasulullah s.a.w. Aku melihat ke arah baginda setelah selesai mendirikan sembahyang Subuh. Wajah baginda basah terkena lumpur dan air
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1993


Iktikaf bermaksud bertafakur dalam masjid mencari keredaan Allah S.W.T.

Jenis-jenis iktikaf
Iktikaf yang disyariatkan ada dua bentuk; pertama sunat, dan kedua wajib.
Iktikaf sunnat iaitu yang dilakukan secara sukarela semata-mata untuk bertaqorrub kepada Allah SWT seperti; iktikaf 10 hari terakhir bulan Ramadan.
Dan iktikaf yang wajib iaitu yang didahului dengan nazar (janji), seperti: "Kalau Allah SWT menyembuhkan penyakitku ini, maka aku akan beriktikaf.

Waktu iktikaf
Iktikaf wajib tergantung pada berapa lama waktu yang dinazarkan, sedangkan iktikaf sunat tidak ada batasan waktu tertentu, bila-bila saja pada malam atau siang hari, waktunya boleh lama atau singkat.
Ya'la bin Umayyah berkata: " Sesungguhnya aku berdiam satu jam di masjid tak lain hanya untuk beriktikaf."

Syarat-syarat iktikaf
Orang yang iktikaf harus memenuhi kriteria-kriteria sebagai berikut:
Muslim
Berakal
Suci dari janabah (junub), haid dan nifas.
Oleh kerana itu, iktikaf tidak sah bagi orang kafir, anak yang belum mumaiyiz (mampu membezakan), orang junub, wanita haid dan nifas.

Rukun-rukun iktikaf
1.Niat (QS. Al Bayyinah : 5),
(HR: Bukhari & Muslim tentang niat)

2.Berdiam di masjid

Firman Allah:

Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu (isteri-isteri kamu), sedang kamu beri`tikaf dalam mesjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertakwa.
(QS. Al Baqarah : 187)
Di sini ada dua pendapat ulama tentang masjid tempat iktikaf. Sebahagian ulama membolehkan iktikaf di setiap masjid yang diguna untuk solat berjemaah lima waktu.
Hal itu dalam rangka menghindari seringnya keluar masjid dan untuk menjaga pelaksanaan solat jemaah setiap waktu.
Ulama lain mensyaratkan agar iktikaf itu dilaksanakan di masjid yang diguna untuk membuat solat Jumaat, sehingga orang yang beriktikaf tidak perlu meninggalkan tempat iktikafnya menuju masjid lain untuk solat Jumaat.
Pendapat ini dikuatkan oleh para ulama Syafiiyah bahawa yang afdal iaitu iktikaf di masjid jami', kerana Rasulullah s.a.w iktikaf di masjid jami'. Lebih afdal di tiga masjid; Masjid al-Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Aqsa.

Hal-hal yang diperbolehkan bagi mutakif (orang yang beriktikaf)
Keluar dari tempat iktikaf untuk menghantar isteri, sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w terhadap isterinya Sofiyah ra. (HR. Riwayat Bukhari dan Muslim)
Menyisir atau mencukur rambut, memotong kuku, membersihkan tubuh dari kotoran dan bau badan.
Keluar dari tempat keperluan yang harus dipenuhi, seperti membuang air besar dan kecil, makan, minum (jika tidak ada yang menghantarkannya), dan segala sesuatu yang tidak mungkin dilakukan di masjid, tetapi ia harus segera kembali setelah menyelesaikan keperluannya .
Makan, minum, dan tidur di masjid dengan sentiasa menjaga kesucian dan kebersihan masjid.

Hal-hal yang membatalkan iktikaf
Meninggalkan masjid dengan sengaja tanpa keperluan walaupun sebentar, kerana meninggalkan salah satu rukun iktikaf iaitu berdiam di masjid.
Murtad ( keluar dari agama Islam )
Hilangnya akal, kerana gila atau mabuk
Haid atau Nifas
Berjimak (bersetubuh dengan isteri) (QS. 2: 187),

Pergi solat Jumaat (bagi mereka yang membolehkan iktikaf di surau yang tidak digunapakai untuk solat Jumaat).

Monday, September 7, 2009

Jom Bayar Zakat Fitrah



Pengumuman

Madrasah Aliyah akan mengadakan program membayar zakat fitrah seperti berikut:-

Tarikh : 22 Ramadhan 1430h (Sabtu) Bersamaan 12 September 2009

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Madrasah Aliyah, Jalan Sikamat, Negeri Sembilan

Harga : RM 7.00 (Ditukar dengan beras dan diberikan terus kepada asnaf mengikut kaifiat Mazhab Syafie)

Semua Dijemput Hadir

“Hai orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu”. –
(Surah al-Baqarah, ayat 267).

"Apabila kamu tunaikan zakat hartamu, maka telah hilanglah daripadamu keburukannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

“Bentengilah harta bendamu dengan (mengeluarkan) zakat.” (Hadis riwayat Abu Daud)


TUJUH GOLONGAN MANUSIA YANG DILINDUNGI ALLAH S.W.T



Sabda Nabi S.A.W :


وعن أبي هريرة رضى الله عنه عن النبي قال : سَبْعَةٌ يُظِلُّمُهُمُ اللهُ فِى ظِلِّهِ يَوْمَ لاظِلَّ إِلا ظِلُّهُ : إِمَامٌ عَادِلٌ وَشَابٌ نَشَأَ فِى عِبَادَةِ اللهِ عَزَّوَجَلَّ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ بِالمَسَاجِدِ وَرَجُلانِ تَحَابَّا فِى اللهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ و َرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَة ٌذَاتُ مَنْصَبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ : إِنِّي أَخَافُ اللهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتّى (لاتَعْلَمَ شِمَالُهُ مَاتُنْفِقُ َيمِيْنُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللهَ تَعَالَى خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ ( متفق عليه


Maksudnya : Dari Abu Hurairah R.A telah bersabda Nabi S.A.W 7 golongan yang akan mendapat perlindungan Allah S.W.T pada hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan Allah S.W.T pada hari akhirat nanti iaitu :

Golongan pertama ialah pemimpin yang adil
~kebiasaannya jika pemimpin tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T serta adil dalam bertindak mengikut garisan yang telah ditetapkan oleh syarak maka rakyat bawahan pun ramai yang mengikut jejak langkahnya dalam mencari keredhaan Allah S.W.T di dunia dan akhirat. Rosaknya pemimpin maka ramailah rakyat jelata yang turut rosak kerana rakyat megikut agama pemimpin mereka. Kita sentiasa mengalu-alukan perancangan kerajaan untuk memastikan pelajar sekolah rendah wajib khatam al-Quran dan memahami agama dengan baik tetapi dalam masa yang sama pemimpin mestilah bukan sahaja mampu membaca al-Quran tetapi bersungguh-sungguh dalam melaksanakan segala tuntutan al-Quran yang menyeluruh termasuk ekonomi, perundangan, sosial dan sebagainya bukannya menjadikan Islam sebagai agama ibadat khusus semata-mata. Musuh Islam tidak pernah gerun terhadap umat Islam yang kaya harta jika kurangnya agama sebaliknya musuh Islam sentiasa berusaha dalam memerangi umat Islam yang miskin harta tetapi kaya agama kerana harta tidak pernah menggugat kedudukan kuffar tetapi agama telah banyak meruntuhkan kezaliman dan kesesatan kerajaan kuffar sebelum ini.

Golongan kedua ialah pemuda yang hidupnya sentiasa beribadat kepada Allah S.W.T
~golongan ini mestilah dilahirkan dalam sesebuah negara bagi mengelakkan lebih banyak kemungkaran dan kerosakan yang berlaku. Apabila umat Islam sentiasa menjaga ibadat khusus seperti solat, puasa, zakat ditambah dengan makan minum perkara yang halal dari hasil yang halal, menguruskan keluarga, masyarakat dan negara mengikut kehendak syarak disamping berusaha melaksanakan seluruh tuntutan Islam dalam setiap kerja dan pergerakannya sehingga semua itu dihisab sebagai ibadat oleh Allah S.W.T maka segala masalah jenayah dan keruntuhan akhlak dapat ditangani dengan baik. Sebaliknya jika umat Islam memisahkan urusan dunia seperti ekonomi, perundangan, sosial daripada dosa pahala maka keadaan kehidupan mereka semakin lama semakin hancur serta semakin dekat kepada kekufuran yang menyebabkan tiada lagi perbezaan yang ketara antara umat Islam dengan bukan Islam. Inilah yang bakal mengundang kemurkaan Allah S.W.T dan penghinaanNya. Kita dapat lihat kesan daripada tidak sembahyang menyebabkan ramai pemuda Islam yang runtuh akhlaknya dan banyak melakukan jenayah sehingga menggugat keamanan negara.

Golongan ketiga ialah seseorang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
~kita semua wajib berusaha menghidupkan masjid dengan program serta majlis ilmiah bagi memupuk kefahaman tentang kepentingan solat berjemaah dan bukan berusaha mematikannnya agar negara dapat melahirkan lebih ramai rakyat yang sentiasa berjemaah di masjid serta menghidupkannya dengan pelbagai aktiviti yang dapat mengembalikan semula kegemilangan Islam.

Golongan keempat ialah 2 orang yang berkasih sayang kerana Allah S.W.T di mana mereka bersatu dan berpisah kerana Allah
~kasih sayang yang ditanamkan atas dasar iman ini begitu penting terutama dalam berhadapan dengan kekejaman musuh Islam. Betapa bahayanya apabila kasih sayang seumpama ini tiada dalam hati sanubari umat Islam. Begitu juga kasih sayang berasaskan iman wajib disuburkan agar saudara seagama sentiasa dibantu walau di mana mereka berada. Kita mesti sentiasa membantu sekurang-kurangnya dengan doa agar Allah S.W.T membantu umat Islam yang sedang ditindas di Palestin, Iraq, Afghanistan, Kashmir, Selatan Filiphina, Acheh dan sebagainya. Begitu juga dengan tekanan disebabkan larangan bertudung ke atas umat Islam di Perancis. Tidak lupa kepada nasib yang menimpa umat Islam di Selatan Thailand termasuk Fatani, Narathiwat, Yala yang kini ditekan akibat pembakaran sekolah, bom balai polis dan kehilangan senjata 2 minggu lalu yang telah menyebabkan pelbagai tindakan keras dikenakan termasuk perintah berkurung yang menjejaskan perjalanan majlis ilmu pada waktu malam serta pemeriksaan ke atas pondok-pondok bila-bila masa yang dikehendaki sehingga baru-baru ini ada kubur yang baru ditanam mayatnya diperintah agar digali semula atas alasan disyaki dijadikan tempat simpan senjata. Umat Islam terus ditekan sedangkan bukti yang menyatakan umat Islam yang terlibat dalam kejadian itu belum diketahui.

Golongan kelima ialah seorang lelaki yang dipujuk oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik untuk berzina lalu dia menyatakan bahawa dia takutkan Allah
~usaha dalam memastikan kebanyakan pintu zina ditutup mestilah ditingkatkan. Jika terlalu banyak pintu zina dibuka maka semakin ramai yang cuba dan menghampirinya sehingga semakin teruknya keruntuhan akhlak rakyat. Betapa malangnya apabila ramai yang lantang bersuara membantah tindakan pihak tertentu yang membuat etika berpakaian terhadap orang bukan Islam supaya lebih sopan. Sedangkan suara ini tidak kedengaran apabila wanita dijadikan alat pelaris barangan melalui iklan yang menjolok mata. Kita turut mendesak agar program hiburan supaya diasingkan antara peserta lelaki dan perempuan serta dititikberatkan adab mengikut Islam bukannya nafsu. Jangan rosakkan rakyat dengan aktiviti pergaulan bebas sepanjang program tersebut sehingga anak-anak yang dididik begitu lama oleh ibubapa dan guru-guru akhirnya dirosakkan dalam masa beberapa bulan.

Golongan keenam ialah seseorang yang bersedekah lalu dia sembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya
~umat Islam sentiasa dilatih agar memberikan barangan miliknya kepada orang yang lebih memerlukannya melalui zakat. Apabila diri sentiasa dilatih dengan perkara yang wajib lalu melembutkan hati untuk melakukan sedekah sunat dengan penuh keikhlasan. Sedekah jenis inilah yang digeruni oleh musuh Islam kerana ia bakal menguatkan kembali kesatuan umat Islam dan ekominya yang bakal menggugatkan kedudukan musuh.

Golongan ketujuh ialah seseorang yang mengingati Allah S.W.T dalam keadaan sunyi lalu menitislah air matanya
~umat Islam mesti berusaha untuk lahir sebagai golongan yang bertindak cergas seumpama singa disiang hari ketika melawan musuh serta begitu rapat hubungannya dengan Allah S.W.T terutama waktu malam. Golongan inilah yang digeruni oleh musuh Islam kerana mereka bakal dibantu oleh Allah S.W.T. Ingatlah bahawa persediaan untuk melawan musuh bukan semata-mata bergantung kepada kekuatan tentera dan senjata tetapi apa yang lebih penting ialah ikatan perhubungan umat Islam dengan Allah S.W.T yang membolehkan datangnya pertolongan dan kemenangan daripada Allah S.W.T.

Firman Allah dalam ayat 63-64 surah al-Furqan :

وعباد الرحمن الذين يمشون على الأرض هونا وإذا خاطبهم الجــهلون قالوا سلــما . والذين يبيتون لربهم سجدا وقيــما

Maksudnya : Dan hamba-hamba Allah Yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi ini dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka lalu mereka ucapkan kata-kata yang baik. Dan mereka melalui malam hari dengan bersujud serta berdiri bagi menyembah Allah