Pengumuman Aktiviti Terkini



Malam Mahabbah Rasulullah

Malam Mahabbah Rasulullah

5.30 ptg
: Ketibaan Para Jemputan
6.00 ptg
: Qasidah oleh kumpulan Al-Ulfah

Madrasah Azzein Lissuluk Ilallah
6.30 ptg
: Ratib Haddad oleh Ittihad An-Nur Malaysia
6.45 ptg
: Tazkirah oleh Ustaz Hambali
7.00 mlm
: Qasidah dan Salawat
7.10 mlm
: Ketibaan Tetamu-tetamu Kehormat
7.25 mlm
: Solat Maghrib Berjemaah
7.55 mlm
: Majlis dimulakan oleh Peng. Majlis, Ust. Shuhadak
Mahmud

Pengasas Sahah Al Ja’afaryyah Negeri
Sembilan
8.00 mlm
: Bacaan Al-Quran oleh Dr. Sheikh Solah Zaki Al-Qadiri, Pensyarah
USIM
8.20 mlm : Maulid
Dhiaulla’mie Oleh Ittihad An-Nur Malaysia
9.00 mlm
: Ketibaan Jemputan Al Habib Umar Bin Hafidz
10.30 mlm
: Solat Isya berjemaah
11.00 mlm
: Jamuan / Bersurai
Semua Muslimin dan
Muslimat Dijemput HadirSemua penduduk muslimin & muslimat dijemput hadir bagi membantu melancarkan program.

Penawar Jiwa

Listen to Quran

Thursday, April 19, 2012

Sekitar Mlm Himpunan Bintang






* Visual amatur kurang memuaskan, harap maaf.

Sunday, July 31, 2011

Ihya Ramadhan Surau Taman Jasmin



Berikut adalah pengisian Ramadhan Surau Taman Jasmin sepanjang Ramadhan 1432h

1) 7:45 : Solat Maghrib Berjemaah
2) 8:45 : Solat Isyak Berjemaah, Terawih & Witir
3) 9.45 : Tahlil (Borang boleh didapati di pintu masuk Surau)
3) 10:00 : Moreh
4) 10:30 : Tadarrus Al-Quran

Semua jemaah dijemput untuk hadir bagi mengimarahkan surau kita. InsyaAllah.

Wednesday, May 11, 2011

Info Terkini Krisis Mesir 17 Apr 2011 di Masjid Paroi



CERAMAH PERDANA

Tajuk : "REGIM MUBARAK TUMBANG, ISRAEL TERGUGAT"

Tarikh : Ahad - 17 April 2011

Masa : 7.30 malam (selepas solat Maghrib)

Tempat : Masjid At-Taqwa Kg Paroi, Seremban

Penceramah : Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor

Semua Dijemput Hadir

Turut diadakan : - Jualan Amal - Kutipan Derma - Tayangan Multimedia - Pameran

Anjuran bersama : AQSA Syarif N.Sembilan dan Masjid At Taqwa - MEMPERKASA UMMAH, MEMBEBASKAN AQSA


Sila klik pada peta di bawah:

Thursday, April 21, 2011

Hadith Pilihan



Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : "Perbanyakkanlah berselawat padaku pada hari Jumaat, maka sesiapa yang berselawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)". (Riwayat Al Baihaqi)

https://www.facebook.com/?sk=lf#!/tazkirah

Monday, February 28, 2011

Pendaftaran Kem Student Power 'Transformasi Sahsiah Diri' ~Infitah Training & Consultancy

Langkah pertama:

Sila lakukan pembayaran yuran secara secara online atau manual ke bank.

Jumlah yuran sebelum 5 Mac 2011:
RM150 (Alumni Infitah)
RM170 (Pertama kali)

Jumlah yuran selepas 5 Mac 2011:
RM230 (Alumni Infitah)
RM250 (Pertama kali)

Bank Pembayaran: Bank CIMB Islamic
Akaun Penerima: Infitah Training & Consultancy
Nombor Akaun: 0507 0000 3581 04

Langkah kedua: Sila isikan maklumat dalam borang pendaftaran dengan lengkap untuk memudahkan proses pendaftaran. Sila isi dengan menggunakan HURUF BESAR. Simpan resit bagi tujuan semakan.

Terima kasih atas sokongan tuan/puan. Maklumat lanjut boleh terus hubungi kami:

Ustaz Arif Asa'ad: 016-3733607
Mohd Noor : 013-2006840
Badrul Hisyam: 019-3812580

www.infitahtraining.com

Tuesday, February 8, 2011

Monday, January 10, 2011

Mesyuarat Agong



*Sehubungan dengan ini, satu program gotong royong untuk memasak jamuan makan malam akan diadakan selepas solat zuhur, dijemput semua pihak khususnya para muslimat untuk turut serta mengambil bahagian,semoga mendapat keberkatan.

Sunday, October 10, 2010

Program Cuti Sekolah - Motivasi al-Quran (MAQ) 2010



22 Nov - 18 Dis 2010
Setiap Isnin - Khamis
8.30 pagi - 12.30 tengahari
...di Masjid Kariah Panchor Jaya

Pelaburan :
Sebelum 8 Nov : Alumni INFITAH : RM 180
: Pertama kali : RM 200

Selepas 8 Nov : Alumni INFITAH : RM 230
: Pertama Kali : RM 250

TERBUKA bagi pelajar 9 - 16 tahun.

* Pengangkutan disediakan (bayaran mengikut jarak rumah ke masjid) (diuruskan sepenuhnya oleh En. Hisyam, 012-658 8694)
* Aktiviti & Aturcara (sebagaimana jadual yang dilampirkan)

Pendaftaran :
1) SMS nama peserta, umur, alamat rumah, nama penjaga, no. hp ke 016-373 3607 (Arif Asa'ad) @ 013-200 6840 (Mohd Noor)
2) bank in yuran program & pengangkutan (bagi yang memilih pengangkutan) ke akaun CIMB Infitah Training & Consultancy, 0507 0000 3581 04.
3) SMS maklumat bayaran ke 016-373 3607 (Arif Asa'ad) @ 013-200 6840 (Mohd Noor)

* Simpan slip bayaran & bawa ketika hari pendaftaran

* Sebarkan kepada rakan taulan, jiran tetangga mahupun saudara mara untuk manfaat bersama :)

Monday, October 4, 2010

Tuesday, September 21, 2010

Kedudukan Imam & Makmum

Hadith of The Day

Rasulullah SAW bersabda:
لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا
“Seandainya manusia mengetahui pahala yang terdapat dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkan kecuali dengan diundi, niscaya mereka melakukannya”(HR. Bukhari dari Abu Hurairah RA )

Tuesday, August 3, 2010

Tarikh Lihat Anak Bulan Puasa Selasa, 10 Ogos


23 syaaban 1431H.

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah petang Selasa, 10 Ogos bersamaan 29 Syaaban 1431 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja, tempat melihat anak bulan pada malam tersebut adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).

Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan). Tanjong Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang). Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui Radio dan Televisyen, menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Tuesday, June 15, 2010

MUSOLLI 1 - Syeikh Daud Fatani

Hari Mesra Masjid Senawang 27 Jun 2010



MAJLIS HARI MESRA MASJID
Tarikh : 27 Jun 2010
Hari : Ahad
Masa : 8 pagi – 1 tgh
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang

Semua ahli kariah dan penduduk sekitar dijemput hadir

Semua ahli kariah dan penduduk sekitar dijemput hadir
(Tapak gerai di tempat letak kereta disediakan dengan kadar berpatutan, khemah tidak disediakan)


Anjuran : Badan Kebajikan Masjid Bandar Baru Senawang

Acara Menarik :
- Pertandingan Hafazan Sekolah Rendah dan Menengah
- Pertandingan Azan Sekolah Rendah dan Menengah
- Kuiz Agama Dewasa Lelaki dan Wanita
- Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
- Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR/PMR/SPM/STPM 2008 dan 2009
- Sukaneka
* Susun huruf sekolah rendah
* Bowling dewasa lelaki
* Gubahan songket dewasa wanita
* Kupas kelapa pasangan suami isteri
* Baling straw dewasa wanita
* Bola tampar lelaki remaja
* Daya ingatan sekolah rendah
* Rebut gula-gula kanak-kanak

Untuk anugerah pelajar cemerlang mereka yang mengambil UPSR/PMR/SPM/STPM pada tahun 2008 atau 2009 yang mendapat keputusan minima berikut dan hanya mereka yang menetap di kariah Masjid Bandar Baru Senawang :
- UPSR 5A
- PMR 8A
- SPM 8A
- STPM 4A

Sila hantar salinan keputusan peperiksaan dan tuliskan nama penuh penjaga , alamat dan no tel.

Maklumat lanjut hubungi Tuan Hj Hosnan bin Selamat , Setiausaha Badan Kebajikan Masjid Bandar Baru Senawang , tel 06-6787103 , 012-9170816







Laman web Masjid Bandar Baru Senawang di http://masjidsenawang.blogspot.com