Pengumuman Aktiviti Terkini



Malam Mahabbah Rasulullah

Malam Mahabbah Rasulullah

5.30 ptg
: Ketibaan Para Jemputan
6.00 ptg
: Qasidah oleh kumpulan Al-Ulfah

Madrasah Azzein Lissuluk Ilallah
6.30 ptg
: Ratib Haddad oleh Ittihad An-Nur Malaysia
6.45 ptg
: Tazkirah oleh Ustaz Hambali
7.00 mlm
: Qasidah dan Salawat
7.10 mlm
: Ketibaan Tetamu-tetamu Kehormat
7.25 mlm
: Solat Maghrib Berjemaah
7.55 mlm
: Majlis dimulakan oleh Peng. Majlis, Ust. Shuhadak
Mahmud

Pengasas Sahah Al Ja’afaryyah Negeri
Sembilan
8.00 mlm
: Bacaan Al-Quran oleh Dr. Sheikh Solah Zaki Al-Qadiri, Pensyarah
USIM
8.20 mlm : Maulid
Dhiaulla’mie Oleh Ittihad An-Nur Malaysia
9.00 mlm
: Ketibaan Jemputan Al Habib Umar Bin Hafidz
10.30 mlm
: Solat Isya berjemaah
11.00 mlm
: Jamuan / Bersurai
Semua Muslimin dan
Muslimat Dijemput HadirSemua penduduk muslimin & muslimat dijemput hadir bagi membantu melancarkan program.

Penawar Jiwa

Listen to Quran

Monday, January 10, 2011

Mesyuarat Agong



*Sehubungan dengan ini, satu program gotong royong untuk memasak jamuan makan malam akan diadakan selepas solat zuhur, dijemput semua pihak khususnya para muslimat untuk turut serta mengambil bahagian,semoga mendapat keberkatan.

Sunday, October 10, 2010

Program Cuti Sekolah - Motivasi al-Quran (MAQ) 2010



22 Nov - 18 Dis 2010
Setiap Isnin - Khamis
8.30 pagi - 12.30 tengahari
...di Masjid Kariah Panchor Jaya

Pelaburan :
Sebelum 8 Nov : Alumni INFITAH : RM 180
: Pertama kali : RM 200

Selepas 8 Nov : Alumni INFITAH : RM 230
: Pertama Kali : RM 250

TERBUKA bagi pelajar 9 - 16 tahun.

* Pengangkutan disediakan (bayaran mengikut jarak rumah ke masjid) (diuruskan sepenuhnya oleh En. Hisyam, 012-658 8694)
* Aktiviti & Aturcara (sebagaimana jadual yang dilampirkan)

Pendaftaran :
1) SMS nama peserta, umur, alamat rumah, nama penjaga, no. hp ke 016-373 3607 (Arif Asa'ad) @ 013-200 6840 (Mohd Noor)
2) bank in yuran program & pengangkutan (bagi yang memilih pengangkutan) ke akaun CIMB Infitah Training & Consultancy, 0507 0000 3581 04.
3) SMS maklumat bayaran ke 016-373 3607 (Arif Asa'ad) @ 013-200 6840 (Mohd Noor)

* Simpan slip bayaran & bawa ketika hari pendaftaran

* Sebarkan kepada rakan taulan, jiran tetangga mahupun saudara mara untuk manfaat bersama :)

Monday, October 4, 2010

Tuesday, September 21, 2010

Kedudukan Imam & Makmum

Hadith of The Day

Rasulullah SAW bersabda:
لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا
“Seandainya manusia mengetahui pahala yang terdapat dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkan kecuali dengan diundi, niscaya mereka melakukannya”(HR. Bukhari dari Abu Hurairah RA )

Tuesday, August 3, 2010

Tarikh Lihat Anak Bulan Puasa Selasa, 10 Ogos


23 syaaban 1431H.

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah petang Selasa, 10 Ogos bersamaan 29 Syaaban 1431 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja, tempat melihat anak bulan pada malam tersebut adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).

Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan). Tanjong Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang). Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui Radio dan Televisyen, menurut kenyataan itu. - BERNAMA