Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Seorang sahabat berkata kepada Nabi s.a.w: Bagaimana kalau anda menemui terus Abdullah bin Ubai? Tanpa memberi sebarang jawapan, baginda terus berangkat menemui Abdullah bin Ubai dengan menaiki seekor keldai dan diikuti oleh kaum Muslimin. Kemudian mereka tiba di suatu kawasan tanah gersang, Rasulullah s.a.w terus menemui Abdullah, lalu Abdullah berkata kepada baginda: Jauhkan dirimu dariku, demi Allah sesungguhnya bau busuk keldaimu menyakiti aku. Setelah mendengar kata-kata Abdullah tersebut seorang sahabat dari kaum Ansar berkata: Demi Allah, sesungguhnya keldai Rasulullah s.a.w lebih harum baunya jika dibandingkan dengan dirimu. Lalu seorang lagi dari kalangan sahabat turut memarahi Abdullah, setelah itu seorang sahabat Abdullah tidak berdiam diri, dia turut memarahi baginda. Sehingga terjadilah suatu pergaduhan (perang mulut) di antara kedua belah pihak. Bahkan masing-masing dari kedua belah pihak saling memukul antara satu sama lain, ada yang menggunakan pelepah tamar, menggunakan tangan dan ada juga yang menggunakan selipar. Kemudian turunlah firman Allah yang membicarakan tentang mereka
Yang bermaksud:
Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya
(Al-Hujurat : 9)
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3357
Malam Mahabbah Rasulullah
5.30 ptg
: Ketibaan Para Jemputan
6.00 ptg
: Qasidah oleh kumpulan Al-Ulfah
Madrasah Azzein Lissuluk Ilallah
6.30 ptg
: Ratib Haddad oleh Ittihad An-Nur Malaysia
6.45 ptg
: Tazkirah oleh Ustaz Hambali
7.00 mlm
: Qasidah dan Salawat
7.10 mlm
: Ketibaan Tetamu-tetamu Kehormat
7.25 mlm
: Solat Maghrib Berjemaah
7.55 mlm
: Majlis dimulakan oleh Peng. Majlis, Ust. Shuhadak
Mahmud
Pengasas Sahah Al Ja’afaryyah Negeri
Sembilan
8.00 mlm
: Bacaan Al-Quran oleh Dr. Sheikh Solah Zaki Al-Qadiri, Pensyarah
USIM
8.20 mlm : Maulid
Dhiaulla’mie Oleh Ittihad An-Nur Malaysia
9.00 mlm
: Ketibaan Jemputan Al Habib Umar Bin Hafidz
10.30 mlm
: Solat Isya berjemaah
11.00 mlm
: Jamuan / Bersurai
Semua Muslimin dan
Muslimat Dijemput HadirSemua penduduk muslimin & muslimat dijemput hadir bagi membantu melancarkan program.
Penawar Jiwa
Tuesday, April 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment