Pengumuman Aktiviti Terkini



Malam Mahabbah Rasulullah

Malam Mahabbah Rasulullah

5.30 ptg
: Ketibaan Para Jemputan
6.00 ptg
: Qasidah oleh kumpulan Al-Ulfah

Madrasah Azzein Lissuluk Ilallah
6.30 ptg
: Ratib Haddad oleh Ittihad An-Nur Malaysia
6.45 ptg
: Tazkirah oleh Ustaz Hambali
7.00 mlm
: Qasidah dan Salawat
7.10 mlm
: Ketibaan Tetamu-tetamu Kehormat
7.25 mlm
: Solat Maghrib Berjemaah
7.55 mlm
: Majlis dimulakan oleh Peng. Majlis, Ust. Shuhadak
Mahmud

Pengasas Sahah Al Ja’afaryyah Negeri
Sembilan
8.00 mlm
: Bacaan Al-Quran oleh Dr. Sheikh Solah Zaki Al-Qadiri, Pensyarah
USIM
8.20 mlm : Maulid
Dhiaulla’mie Oleh Ittihad An-Nur Malaysia
9.00 mlm
: Ketibaan Jemputan Al Habib Umar Bin Hafidz
10.30 mlm
: Solat Isya berjemaah
11.00 mlm
: Jamuan / Bersurai
Semua Muslimin dan
Muslimat Dijemput HadirSemua penduduk muslimin & muslimat dijemput hadir bagi membantu melancarkan program.

Penawar Jiwa

Listen to Quran

Tuesday, November 24, 2009

Kelebihan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah



Kelebihan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah
Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah.

Para sahabat baginda bertanya, Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah? Ujar Baginda, Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun.

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)

No comments:

Post a Comment