
Kepada semua penduduk Fasa 1 Taman Jasmin, ingin saya menyeru kepada tuan-tuan untuk turun bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar perumahan kita. Ini bukan sahaja dapat memastikan kawasan persekitaran bersih malah kita juga dapat beramah mesra dan berkenalan dengan lebih rapat antara satu sama lain. Dengan program seperti ini ia mampu memberikan munafaat yang baik untuk semua pihak. Semoga kita mampu mencantikkan taman kita di satu masa nanti. Apa yang perlu adalah kerjasama dan keikhlasan tuan-tuan dalam memberikan khidmat. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment