Pengumuman Aktiviti Terkini



Malam Mahabbah Rasulullah

Malam Mahabbah Rasulullah

5.30 ptg
: Ketibaan Para Jemputan
6.00 ptg
: Qasidah oleh kumpulan Al-Ulfah

Madrasah Azzein Lissuluk Ilallah
6.30 ptg
: Ratib Haddad oleh Ittihad An-Nur Malaysia
6.45 ptg
: Tazkirah oleh Ustaz Hambali
7.00 mlm
: Qasidah dan Salawat
7.10 mlm
: Ketibaan Tetamu-tetamu Kehormat
7.25 mlm
: Solat Maghrib Berjemaah
7.55 mlm
: Majlis dimulakan oleh Peng. Majlis, Ust. Shuhadak
Mahmud

Pengasas Sahah Al Ja’afaryyah Negeri
Sembilan
8.00 mlm
: Bacaan Al-Quran oleh Dr. Sheikh Solah Zaki Al-Qadiri, Pensyarah
USIM
8.20 mlm : Maulid
Dhiaulla’mie Oleh Ittihad An-Nur Malaysia
9.00 mlm
: Ketibaan Jemputan Al Habib Umar Bin Hafidz
10.30 mlm
: Solat Isya berjemaah
11.00 mlm
: Jamuan / Bersurai
Semua Muslimin dan
Muslimat Dijemput HadirSemua penduduk muslimin & muslimat dijemput hadir bagi membantu melancarkan program.

Penawar Jiwa

Listen to Quran

Tuesday, May 5, 2009

Penerangan Tentang Kitab Kifayatul Muhtadi

Sebuah kitab karangan mantan Hakim Syarie Makkah. Mengandungi pelajaran tawhid menurut mazhab salaf , pelajaran fiqh mengikut fatwa-fatwa yang muktamad dan pelajaran tasawuf.

Penerangan Dari Al Ustaz Abd Raof

Semasa saya masih menuntut dipondok dulu , saya telah hadir disatu majlis munazarah antara tuan-tuan guru, disatu masjid berhampiran bandar palas... bincang soal ibarat dalam kitab kifayatul muhtadi.. karangan sheikh Muhammad Nur, bekas mufti Mazhab Shafie diMekah. Dalam kitab tersebut muka surat 11 baris 7

"dan telah mentakwil oleh muktazilah akan "istiwa" dengan "istiila yakni "memilik atau memerintah" adapun ahlusunnah wal jamaah berkata merekaitu bermula istiwa Allah subhana wataala atas arsy , satu sifat Allah azzawajalla tiada diketahuikan bagaimananya , wajib atas seseorang beriman dengan dia dan menyerahkan mengetahuikan bagaimananya itu kepada Allah jua"

...kemudian seorang ahli panel telah menghurai maksud ibarat tersebut kepada hadirin, dengan berkata " ibarat ini jelas menunjjukkan bahawa takwil tu salah,,, sebab dalam ibarat kitab ini yang jadi panduan dan ikutan semua orang kita (melayu) kata yang buat takwil tu hanya muktazilah saja. Ahli sunnah takde takwil..."

kemudian Seorang Tuan Guru disitu menjawab:

" weh.. ibarat tu berjalan atas kaedah "Umum Khusus Muthlak"...

Maksudnya " Tiap-tiap Muktazilah mentakwil, dan Tidak pulak setiap takwil itu hanya muktazilah sahaja"... sebab ahlusunnah pun juga ada takwilnya..

ooo.. baru jelas pada saya contoh-contoh kaedah tersebut. memang,, memang Tuan Pengarang kitab "Kifayatul Muhtadi syarah Sullam karangan Sheikh Daud" hebat dan bijak mencernakan pengunaan kaedah2 ilmiyah dalam karangan.

Memanglah.. orang dulu mmng hebat, alim betul.. jauhlah kita ni, saya lah tu khasnya..



P/S: Petikan dari http://pondoktampin.blogspot.com/2009/03/umum-khusus.html

No comments:

Post a Comment