Pengumuman Aktiviti Terkini



Malam Mahabbah Rasulullah

Malam Mahabbah Rasulullah

5.30 ptg
: Ketibaan Para Jemputan
6.00 ptg
: Qasidah oleh kumpulan Al-Ulfah

Madrasah Azzein Lissuluk Ilallah
6.30 ptg
: Ratib Haddad oleh Ittihad An-Nur Malaysia
6.45 ptg
: Tazkirah oleh Ustaz Hambali
7.00 mlm
: Qasidah dan Salawat
7.10 mlm
: Ketibaan Tetamu-tetamu Kehormat
7.25 mlm
: Solat Maghrib Berjemaah
7.55 mlm
: Majlis dimulakan oleh Peng. Majlis, Ust. Shuhadak
Mahmud

Pengasas Sahah Al Ja’afaryyah Negeri
Sembilan
8.00 mlm
: Bacaan Al-Quran oleh Dr. Sheikh Solah Zaki Al-Qadiri, Pensyarah
USIM
8.20 mlm : Maulid
Dhiaulla’mie Oleh Ittihad An-Nur Malaysia
9.00 mlm
: Ketibaan Jemputan Al Habib Umar Bin Hafidz
10.30 mlm
: Solat Isya berjemaah
11.00 mlm
: Jamuan / Bersurai
Semua Muslimin dan
Muslimat Dijemput HadirSemua penduduk muslimin & muslimat dijemput hadir bagi membantu melancarkan program.

Penawar Jiwa

Listen to Quran

Monday, March 30, 2009

Aktiviti Ziarah


Aktiviti Ziarah

Jemaah Surau Tmn Jasmin akan mengadakan aktiviti mingguan ziarah dari rumah ke rumah seperti berikut :

Hari : Isnin
Masa : Selepas Maghrib diikuti dengan majlis bayan selepas solat Isyak.

Diharap semua penduduk Tmn Jasmin khasnya dapat mengimarahkan usaha yang dibuat oleh rakan jemaah kita. InsyaAllah.

Selendang Rasulullah SAW II

Bab Memberi Kepada Orang Yang Meminta Dengan Kata kata Kesat Dan Kasar

Hadis Anas bin Malik r.a katanya:

Aku pernah berjalan bersama Rasulullah s.a.w. Baginda memakai selendang Najran yang kasar hujungnya. Tiba-tiba seorang Arab desa mendapatkan baginda lalu menarik selendang baginda dengan kuat. Ketika aku memandang ke bahagian leher Rasulullah s.a.w, ternyata hujung selendang itu memberi kesan padanya akibat kuatnya tarikan tersebut. Orang itu kemudian berkata: Wahai Muhammad! Berikanlah kepada aku sebahagian dari harta Allah yang ada padamu. Rasulullah s.a.w berpaling kepadanya lalu tertawa dan memberikan sesuatu kepadanya

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1749

Sunday, March 22, 2009

Pengumuman


Kuliah Bulanan

Oleh : Ustaz Hambali

Dari : Tmn Rose Mewah

Pada : Khamis ( 26 March 2009)

Waktu : Selepas Solat Maghrib

Tempat : Surau Tmn Jasmin

Semua Di Jemput Hadir, InsyaAllah.

Al-Ustaz Al-Fadhil Al-Haj Al- Sheikh Abdul Raof bin Haji Nurin Al Bahanji Al-Aleey

Wednesday, March 18, 2009

Selendang Rasulullah SAW

Akhlak Rasulullah Terhadap Tetamu

Rumah Rasulullah saw sering dibanjiri para tamu. Mereka datang untuk suatu hajat atau untuk mendengar nasihat serta bimbingan khusus. Hari itu Jarir bin Abdullah Al-Bajli agak terlambat datang ke rumah Rasulullah. Para sahabat yang lain sudah lebih dahulu datang dan duduk berimpitan di rumah Nabi yang sederhana itu. Karena terlambat, Jarir duduk di serambi rumah Nabi tanpa alas.
Melihat Jarir yang duduk tanpa alas, Nabi melepaskan selendang yang ada dibahunya lalu memberikannya kepada Jarir. "Hai Jarir, duduklah di atas selendangku ini” kata Nabi.
Jarir mengambil selendang itu, lalu mengusap-usapkan ke wajahnya sambil menangis terharu. Dilipatnya selendang tersebut seperti semula dan dikembalikannya kepada Rasulullah.”Mana mungkin aku akan duduk di atas pakaianmu wahai Nabi Allah. Semoga Allah memuliakanmu sebagaimana engkau muliakan aku” kata Jarir terharu.Sambil menoleh ke kanan dan ke kiri Rasulullah bersabda,”Apabila datang kepada kalian seorang tamu yang mulia, maka muliakanlah dia. Dan apabila datang kepada kalian seorang yang ada hajat atau hak terhadap kalian, maka muliakanlah dia”

Tuesday, March 17, 2009

Pengumuman

Kuliah Agama

Pengajian Ilmu Tauhid

Oleh : Al-Ustaz Al-Fadhil Al-Haj Al- Sheikh Abdul Raof bin Haji Nurin Al Bahanji Al-Aleey

Dari : Pondok Tampin, Negeri Sembilan.

Hari : Selasa (Setiap 2 minggu sekali)

Tempat : Surau Taman Jasmin, Lorong 19, Taman Jasmin, 70450 Senawang, N.9.

Kitab : Kifayatul Muhtadi

Kitab berharga RM 15.00 setiap satu. Boleh didapati daripada AJK Surau Taman Jasmin.

Wednesday, March 11, 2009

Petikan KOSMO

PERARAKAN yang disertai 500 penduduk bagi meraikan majlis Maulidur Rasul penuh dengan warna-warni di Taman Jasmin, Paroi, Seremban semalam


ERAT PERPADUAN. Semangat kerjasama yang menjadi teras keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat terus dipupuk dan menjadi amalan penduduk Taman Jasmin, Paroi, Seremban dengan bekerjasama mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul semalam.
Sambutan yang dimulakan dengan perarakan disertai kira-kira 500 anggota penduduk yang terdiri pelbagai peringkat usia dengan pakaian berwarna-warni.
Mereka berarak sejauh kira-kira satu kilometer berserta sepanduk dan bunga manggar sambil bermarhaban menuju ke surau sementara Taman Jasmin dan Jasmin Indah.
Ketua Penyelaras Program, Mohd. Arif Asa'ad Johari berkata, program yang dianjurkan bertujuan untuk memupuk semangat serta menyemarakkan lagi pengertian Maulidur Rasul di kalangan penduduk.

Thursday, March 5, 2009

Penyelewengan Fakta Oleh Yahudi


Quran Online

Impressive!!!! boleh letak bookmark lagi... Semoga ada manfaatnya http://www.quranfla sh.com/en/ quranflash. html
Wallahu'alam

SAMBUTAN MAULIDURRASUL

FORUM PERDANA
SAMBUTAN MAULIDURRASUL
PERINGKAT TAMAN JASMIN DAN TAMAN
JASMIN INDAH,SENAWANG 1430 HIJRAH
Tarikh : 11 Rabiulawal 1430H
8hb March 200
8.15 mlm
Penceramah:
1.Ustaz Soffhan bin Abdul Halim
Madrasah Al- Aliyyah Sikamat.
2. Ustaz Bakhtiar bin Mohd Yusof
Penceramah bebas
Moderator :
Ustaz Zuhairi bin Md. Napiah
Jabatan Kaunseling Majlis Agama
Islam N.Sembilan. (MAINS).
Anjuran : Surau Taman Jasmin dan Jasmin Indah