Bab Memberi Kepada Orang Yang Meminta Dengan Kata kata Kesat Dan Kasar                                                                                                           Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Aku pernah berjalan bersama Rasulullah s.a.w. Baginda memakai selendang Najran yang kasar hujungnya. Tiba-tiba seorang Arab desa mendapatkan baginda lalu menarik selendang baginda dengan kuat. Ketika aku memandang ke bahagian leher Rasulullah s.a.w, ternyata hujung selendang itu memberi kesan padanya akibat kuatnya tarikan tersebut. Orang itu kemudian berkata: Wahai Muhammad! Berikanlah kepada aku sebahagian dari harta Allah yang ada padamu. Rasulullah s.a.w berpaling kepadanya lalu tertawa dan memberikan sesuatu kepadanya
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1749

No comments:
Post a Comment