ERAT PERPADUAN. Semangat kerjasama yang menjadi teras keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat terus dipupuk dan menjadi amalan penduduk Taman Jasmin, Paroi, Seremban dengan bekerjasama mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul semalam.
Sambutan yang dimulakan dengan perarakan disertai kira-kira 500 anggota penduduk yang terdiri pelbagai peringkat usia dengan pakaian berwarna-warni.
Mereka berarak sejauh kira-kira satu kilometer berserta sepanduk dan bunga manggar sambil bermarhaban menuju ke surau sementara Taman Jasmin dan Jasmin Indah.
Ketua Penyelaras Program, Mohd. Arif Asa'ad Johari berkata, program yang dianjurkan bertujuan untuk memupuk semangat serta menyemarakkan lagi pengertian Maulidur Rasul di kalangan penduduk.

No comments:
Post a Comment