Pengumuman Aktiviti Terkini



Malam Mahabbah Rasulullah

Malam Mahabbah Rasulullah

5.30 ptg
: Ketibaan Para Jemputan
6.00 ptg
: Qasidah oleh kumpulan Al-Ulfah

Madrasah Azzein Lissuluk Ilallah
6.30 ptg
: Ratib Haddad oleh Ittihad An-Nur Malaysia
6.45 ptg
: Tazkirah oleh Ustaz Hambali
7.00 mlm
: Qasidah dan Salawat
7.10 mlm
: Ketibaan Tetamu-tetamu Kehormat
7.25 mlm
: Solat Maghrib Berjemaah
7.55 mlm
: Majlis dimulakan oleh Peng. Majlis, Ust. Shuhadak
Mahmud

Pengasas Sahah Al Ja’afaryyah Negeri
Sembilan
8.00 mlm
: Bacaan Al-Quran oleh Dr. Sheikh Solah Zaki Al-Qadiri, Pensyarah
USIM
8.20 mlm : Maulid
Dhiaulla’mie Oleh Ittihad An-Nur Malaysia
9.00 mlm
: Ketibaan Jemputan Al Habib Umar Bin Hafidz
10.30 mlm
: Solat Isya berjemaah
11.00 mlm
: Jamuan / Bersurai
Semua Muslimin dan
Muslimat Dijemput HadirSemua penduduk muslimin & muslimat dijemput hadir bagi membantu melancarkan program.

Penawar Jiwa

Listen to Quran

Saturday, October 24, 2009

Once upon a time in a south


Pentingnya Ilmu

Kalau dalam blog tuan guru yang dikasihi Ust Hambali ada posting 'Once Upon A Time In Kuala Kedah', kami ingin meminjam idea Ust dengan tajuk di atas. Suatu ketika di sebuah negeri di selatan semenanjung, aku bersama 3 orang sahabat yang lain merancang untuk ke KLCC. Ketika itu KLCC baru siap, manakala seorang dari kami baru mendapat lesen memandu.
Kami tak pasti jalan ke sana, memandangkan sebelum ini jika ke KL, ada pemandu, naik Volvo..maaf, bukan kereta, tapi bas volvo. Ape lagi..syarikat bas transnasional la.
Berbalik kepada cerita tadi, salah seorang dari kami mengatakan dengan yakin bahawa dia tahu jalan ke KLCC. Kacang je katanya.
Tiba hari yang dijanjikan, kami berempat memulakan perjalanan. Si penunjuk jalan duduk di sebelah pemandu, meluncurlah si perodua kancil yang disewa dengan RM 40. Perjalanan yang seronok,disulam dengan gelak ketawa dek lawak yang merapu, maklumlah remaja, ketika itu masing2 panjang angan2nya. Akhirnya sampailah kami ke jalan Sungei Besi. Lalu si penunjuk jalan mula main peranan.
Yang saya masih ingat mula2 sekali selepas TUDM S. Besi, pusing kiri. Dari jauh kami sudah dapat melihat bangunan KLCC yang tersergam indah. Masing2 sudah begitu teruja. Pusing kiri,pusing kanan, hampir setengah jam,dengan kesesakan lalu lintas,rasa teruja mula pudar, berganti rase tertekan. KLCC adakalanya makin dekat, adalanya makin jauh. Hilang sudah sabar aku, akhirnya aku bertanya kepada si penunjuk jalan "kau ni sebenarnya tau ke tak jalan ni". Akhirnya dia mengaku "tak tahu". Si pemandu dah mula panik "Abih hari tu ko cakap ko tau?". Dia menjawab " aku ingatkan senang je, bila KLCC tu belah kanan aku belok kanan, bila nampak KLCC tu belah kiri aku masuk kiri, tak sangka pulak jadi macam ni...". Lantas berhamburlah sumpah seranah dan maki hamun, lalu kami membuat keputusan untuk pulang memandangkan hari sudah beransur petang. Masih dalam kesesatan, bertanya dengan orang, akhirnya jumpa jalan pulang ke selatan, dalam keadaan yang hampa.

Pengajaran

Setiap kerja yang kita lakukan, mestilah dengan ilmu. Tanpa ilmu, pasti kita akan sesat. Walaupun jalan ke KLCC tu sebenarnya lurus melalui Jalan Tun Razak, tetapi oleh kerana tiada ilmu, tetap tersesat. Ilmu menyuluh kita ke jalan yang lurus lagi benar. Memetik kata2 tuan guru yang dikasihi Ustaz Abd Raof di dalam blognya

"Setiap Insan wajib mencari kebenaran . Kebenaran setiap hari dipohon kepada Tuhan, 17 kali sehari. Ihdinashirothal mustaqim. Apakah shirotal mustaqim itu?. Tiada lain melainkan shirothal lazina an am ta alaihim, minanabiyyiina washiddiqqin washuhada i washolihin. Jalan yang lurus itu ada lah jalan orang yang telah diberi pertunjuk dari kalangan para Nabi, Orang Shidiq (yang benar seluruh keadaannya) , Orang yang syahid dan Orang yang solih.
Memahami keadaan ini, yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t "JALAN YANG LURUS", bukanlah semata-mata dengan meneliti al-Quran dan al-Hadis sahaja tanpa menoleh kepada manusia dikalangan para hambaNya yang terpilih, yang telah mengikuti al-Quran dan al-Hadis dengan cara yang benar. Maka mengikuti Para Nabi a.s , Para Ulama r.a yang soleh yang beramal dengan ilmunya, menuruti fatwa mereka yang sahih, mengikuti ijtihad mereka yang teramai (jumhur) adalah terkandung dalam intisari surah al-Fatihah. insyallah.. Adalah fahaman yang salah dan menyeleweng , jika dikatakan mengikuti ijtihad mereka yang teramai (jumhur) sebagai tidak mengikuti al-Sunnah/al-Hadis. Wassalam".

Wednesday, October 21, 2009

Pertanyaan Hazrat Asma' r.anha Mengenai Ganjaran Bagi Kaum Wanita

Hazrat Asma' Binti Yazid ialah seorang wanita Ansar. Beliau telah datang kepada Rasulullah S.A.W. dan berkata "Ya Rasulullah,tuan terlebih saya kasih daripada kedua-dua ibu dan bapa saya.Saya ialah sebagai utusan daripada wanita-wanita Islam untuk berjumpa dengan Tuan. Sesungguhnya tuan diutuskan sebagai nabi untuk kaum lelaki dan juga wanita. Sebab itulah kami jemaah kaum wanita beriman dengan tuan dan juga Allah S.W.T. Tetapi kami tinggal dalam empat penjuru rumah dan sentiasa berada disebalik tabir. Kami ialah teman kaum lelaki di dalam rumah. Keperluan hawa nafsu mereka disempurnakan melalui kami juga.Kami menanggung anak-anak mereka dalam perut kami. Namun demikian, kaum lelaki mendahului kami dalam banyak amal kebajikan. Mereka dapat bersolah Jumaat,mereka dapat bersolah jemaah, mereka menziarahi orang sakit, mereka menghadiri upacara jenazah, menunaikan haji demi haji dan lebih daripada itu mereka berjuang di jalan Allah S.W.T. Apabila mereka pergi haji atau umrah ataupun berjihad maka kami kaum wanitalah yang menjaga harta mereka. Kami menenun pakaian untuk meraka dan kami menjaga anak-anak mereka. Apakah kami tidak mendapat bahagian pahala mereka?

Setelah mendengarkan ini, Rasulullah S.A.W. berpaling ke arah para sahabat r.a lalu bersabda, "Adakah kamu pernah mendengar seseorang yang bertanyakan soalan agama yang lebih baik daripada wanita ini?"


Para sahabat r.a menjawab "Kami tidak terfikir yang wanita juga boleh bertanyakan soalan sedemikian"


Selepas itu Rasulullah S.A.W berpaling kepada Hazrat Asma' r.anha dan bersabda "Dengar dengan teliti serta fahamkan dan kemudian pergilah beritahu kepada wanita-wanita yang telah menghantar kamu. Layanlah suami kamu dengan baik dan carilah kesukaannya serta tunaikan kesukaannya itu maka pahala bagi kesemua amal kebajikan tadi ialah sama antara kamu dan mereka". Maka kembalilah Hazrat Asma' r.anha dengan penuh gembira setelah mendengar jawapan tersebut.


Keterangan


Kaum wanita hendaklah mengadakan hubungan yang baik dengan suami mereka serta mentaati mereka. Ketaatan terhadap suami merupakan satu amalan yang berharga tetapi kaum wanita terlalu lalai dalam perkara ini.

Suatu ketika para sahabat r.a bertanya kepada Rasulullah S.A.W. " Orang-orang 'Ajam (selain daripada bangsa 'Arab) sujud kepada raja-raja da ketua-ketua mereka. Sepatutnya tuan lebih layak untuk disujud. Izinkanlah kami sujud kepada tuan.

Rasulullah S.A.W melarang mereka daripada bersujud dan bersabda "Sekiranya saya memerintahkan seseorang itu untuk sujud kepada sesuatu selain daripada Allah S.W.T, sudah pasti saya akan memerintahkan wanita-wanita sujud kepada suami mereka.

Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda lagi,"Demi Allah yang nyawaku berada dalam genggamanNya, seseorang wanita tidak boleh menyempurnakan hak Allah S.W.t selagi dia tidak menyempurnakan hak suaminya."

Diriwayatkan dalam satu hadith,seekor unta datang dan sujud kepada Rasulullah S.A.W,lalu para sahabat r.a berkata "Unta ini pun telah sujud kepada Rasulullah S.A.W,sedangkan kami lebih layak untuk sujud kepada Baginda S.A.W." Rasulullah melarang mereka dan memberi jawapan yang sama iaitu "Kalau saya memerintahkan kepada sesiapa untuk sujud kepada sesuatu selain Allah S.W.T, maka saya akan perintahkan wanita untuk sujud kepada suami mereka.

Dalam satu riwayat hadith yang lain,sekiranya seseorang wanita meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha dengannya maka dia akan memasuki syurga.

Dalam satu riwayat yang lain, sekiranya seseorang wanita marah kepada suaminya dan tidur berasingan pada malam itu maka para malaikat mengutuk-ngutuknya (melaknat).

Solah daripada dua golongan tidak akan naik ke langit melepasi kepala mereka iaitu seorang hamba yang melarikan diri daripada tuannya dan seorang wanita yang tidak taat kepada suaminya.


Petikan drp kitab Fadhilat Amal - kisah-kisah para sahabat Bab 10 Semangat Keagamaan di Kalangan Wanita - m.s 181.

Monday, October 19, 2009

Taklimat Program Khairat Kematian


Pihak AJK Surau Taman Jasmin Akan menganjurkan satu taklimat berkenaan program Khairat Kematian bagi penduduk Taman Jasmin & Taman Jasmin Indah. Butiran Program adalah seperti berikut:-


Tarikh : 23hb Oktober 2009 (Jumaat)


Masa : Selepas Solat Isyak


Tempat : Surau Taman Jasmin


Pihak surau memerlukan maklumbalas dari penduduk sebelum melancarkan program ini. Semua dijemput hadir.


Thursday, October 15, 2009

Harta Oh Harta..


Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:

Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Seandainya anak Adam memiliki satu lembah yang penuh dengan harta, pasti dia masih ingin memiliki yang sepertinya lagi. Sedangkan yang memenuhi diri anak Adam itu hanyalah tanah (kubur) dan Allah mengampunkan atau menerima taubat orang yang ingin bertaubat
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1739

Hadis Anas r.a katanya:

Rasulullah s.a.w bersabda: Seandainya anak Adam mempunyai dua lembah harta tentu dia masih menginginkan yang ketiga. Padahal yang memenuhi perut anak Adam hanyalah tanah-tanah (kuburnya) dan Allah tetap menerima taubat orang yang ingin bertaubat
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1737


Nabi s.a.w telah bersabda: Hati orang tua menjadi muda kerana mencintai dua perkara: Mencintai hidup dan harta
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1734

Hadis Anas r.a katanya:

Rasulullah s.a.w telah bersabda: Anak Adam menjadi semakin tua, tetapi ada dua perkara daripadanya yang akan menjadikannya semakin muda iaitu: Tamak kepada harta dan tamak kepada umur
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1736

Thursday, October 1, 2009

LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA

Sabda Rasulullah S.A.W

Ertinya:Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti ANGIN MERAH atau GEMPA BUMI atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".
Hadis Riwayat Termizi
Langit Sydney bertukar jadi oren

SYDNEY - Jika Malaysia dilanda jerebu akibat pembakaran hutan, satu ribut debu yang berasal dari kawasan pedalaman menyelubungi timur Australia menyebabkan langit di bandar raya Sydney bertukar menjadi warna oren semalam.
Ribut debu itu menyebabkan pengangkutan awam terjejas manakala pihak berkuasa kesihatan memberi amaran berhubung penyakit berkaitan pernafasan dengan meminta orang ramai tinggal di dalam rumah.
Pesawat-pesawat penerbangan antarabangsa dialihkan dari Sydney, perkhidmatan pengangkutan feri ditangguhkan manakala pengguna kenderaan diminta memasang lampu kerana kadar jarak penglihatan terbatas.
Bagaimanapun, suasana itu tidak menyebabkan semua aktiviti terhenti.
Pantai Bondi di Sydney masih dikunjungi oleh peluncur ombak dan kanak-kanak bermain di taman permainan walaupun ruang udara diseliputi dengan warna oren.
Ribut debu itu yang pada mulanya menyelubungi bandar perlombongan Broken Hill kelmarin sebelum bergerak ke timur berpunca daripada debu yang terbang dari kawasan dilanda kemarau.
Pihak berkuasa mendesak orang ramai yang mempunyai penyakit asma atau kesukaran bernafas supaya tinggal dalam rumah atau bangunan.
"Orang ramai yang berdepan dengan risiko ialah kanak-kanak, orang tua, wanita hamil, mereka yang menghidap penyakit jantung dan paru-paru.
"Partikel debu itu akan meningkatkan risiko orang yang menghidap penyakit tersebut menjadi tidak sihat," kata seorang pegawai Jabatan Kesihatan Negeri New South Wales, Wayne Smith.
"Ia seperti hari pertarungan antara golongan baik dengan jahat kerana apabila saya berada di dapur melihat ke arah langit, ia menjadi oren," kata seorang penduduk memberitahu radio Stesen Penyiaran Australia.
Ribut itu dianggap yang terburuk dalam tempoh 70 tahun tetapi tidak ada seorang pun dilaporkan meninggal dunia.
Bagaimanapun, perkhidmatan ambulans melaporkan menerima banyak panggilan telefon daripada orang ramai yang mengalami masalah pernafasan.
Menjelang tengah hari, ribut itu berakhir.
Ribut itu yang membawa 5 juta tan debu itu kemudian bergerak ke negeri Queensland, selatan Australia.
Biro Meteorologi Australia menyatakan ribut petir dan angin kencang yang menerbangkan debu dari kawasan pedalaman dan menyebarkannya ke kawasan penduduk paling padat di Australia.
Angin selaju lebih 100 kilometer sejam turut menyebabkan kebakaran di negeri itu.
"Ini sesuatu yang tidak pernah berlaku. Kami melihat bumi, angin dan api berlaku secara serentak," kata seorang pakar meteorologi, Dick Whitaker. - Agensi
Petikan Kosmo 24/9/2009
Tangisan Padang: 770 Maut; 294 Parah; 500 Bangunan runtuh

Gegaran susulan kejutkan Jambi; Sumatera diisytihar darurat PADANG:

Ketika keadaan di Sumatera Barat masih kelam kabut berikutan gempa bumi kelmarin yang setakat ini mengorbankan 770 orang, manakala 294 mangsa cedera, Indonesia dikejutkan dengan satu lagi gegaran di kawasan Jambi di selatan bandar ini, pagi semalam. Setakat ini, tiada laporan mengenai kematian akibat gegaran susulan berukuran 6.6 skala Richter pada jam 9.53 pagi itu yang turut dirasai di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, termasuk Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.6 Richter di Sumatera Barat pada jam 5:15 waktu tempatan kelmarin, beribu-ribu orang dikhuatiri masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan dengan beberapa mangsa yang masih hidup berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat, semalam. Lebih 500 bangunan termasuk beberapa hotel, sekolah, hospital dan gedung beli belah dilaporkan musnah atau mengalami kerosakan teruk dalam kejadian itu. Hotel Bumi Minang, satu daripada hotel kegemaran rakyat Malaysia yang melancong ke Kota Padang atau menziarahi saudara mara di sana, juga dilaporkan runtuh dengan sejumlah orang dikatakan masih terperangkap, tetapi Kedutaan Malaysia di Jakarta mengesahkan semua 330 pelajar Malaysia di Padang selamat dan tiada laporan rakyat Malaysia terkorban.

Hospital utama Padang, Rumah Sakit Djamil pula penuh sesak dengan mangsa dan keluarga mereka. Berpuluh yang cedera terpaksa dirawat di dalam khemah yang dipasang di perkarangan hospital itu yang bangunannya turut mengalami kerosakan. Pemerintah Indonesia mengisytiharkan darurat di wilayah Sumatera Barat dan mahu semua pihak bersedia menghadapi keadaan yang terburuk. "Jangan anggap bencana ini kecil. Kita harus bersedia menghadapi yang terburuk dan melakukan apa yang perlu untuk membantu mangsa," kata Presiden Susilo Bambang Yudhoyono di Jakarta sebelum berlepas ke Padang. Pasukan penyelamat pertama dari luar Padang yang dianggotai petugas kementerian kesihatan dan tentera Indonesia tiba di bandar berkenaan, semalam.

Tugas mereka untuk mencari mangsa yang hidup dalam runtuhan bangunan. "Kami memerlukan jentera berat untuk mengangkat runtuhan," kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana, Priyadi Kardono. Beliau berkata, tiga pesawat pengangkut tentera bersiap sedia untuk menghantar bantuan termasuk khemah, selimut dan ubat. "Kesan gempa bumi berkenaan mungkin sebesar gempa Yogyakarta," katanya merujuk kejadian gempa 2006 yang membunuh 6,000 penduduk. Ketua pusat krisis kementerian kesihatan, Rustam Pakaya memberitahu AFP sebuah hospital utama di bandar itu adalah antara bangunan yang runtuh. "Rumah dan bangunan runtuh menyebabkan beribu-ribu penduduk terperangkap di dalam runtuhan berkenaan," kata Pakaya yang menjangka angka kematian melebihi 1,000 orang. Yanto, seorang penyambut tetamu hotel di Padang berkata bekalan elektrik masih terputus pagi semalam selepas 15 jam kejadian gempa. "Hotel kami musnah teruk. Banyak rekahan dan runtuhan dari konkrit," katanya yang bersyukur semua tetamu hotel itu selamat. Laporan beberapa pihak berkuasa setempat pula menyebut lebih 100 mangsa dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan Hotel Ambacang di tengah Kota Padang dan lebih 60 murid terperangkap dalam bangunan tiga tingkat tempat mereka mengikuti tuisyen ketika kejadian. – Agensi
Petikan Berita Harian 2/10/2009
P/S : Perhatikan kaitan antara hadis Nabi S.A.W di atas dan kejadian yang berlaku semalam dan bulan lepas, pastinya terbukti kebenarannya. Oleh itu marilah sama kita berusaha memantapkan iman kita, kerana kita sudah tiada masa...ALLAHUAKBAR!!!