Hazrat Asma' Binti Yazid ialah seorang wanita Ansar. Beliau telah datang kepada Rasulullah S.A.W. dan berkata "Ya Rasulullah,tuan terlebih saya kasih daripada kedua-dua ibu dan bapa saya.Saya ialah sebagai utusan daripada wanita-wanita Islam untuk berjumpa dengan Tuan. Sesungguhnya tuan diutuskan sebagai nabi untuk kaum lelaki dan juga wanita. Sebab itulah kami jemaah kaum wanita beriman dengan tuan dan juga Allah S.W.T. Tetapi kami tinggal dalam empat penjuru rumah dan sentiasa berada disebalik tabir. Kami ialah teman kaum lelaki di dalam rumah. Keperluan hawa nafsu mereka disempurnakan melalui kami juga.Kami menanggung anak-anak mereka dalam perut kami. Namun demikian, kaum lelaki mendahului kami dalam banyak amal kebajikan. Mereka dapat bersolah Jumaat,mereka dapat bersolah jemaah, mereka menziarahi orang sakit, mereka menghadiri upacara jenazah, menunaikan haji demi haji dan lebih daripada itu mereka berjuang di jalan Allah S.W.T. Apabila mereka pergi haji atau umrah ataupun berjihad maka kami kaum wanitalah yang menjaga harta mereka. Kami menenun pakaian untuk meraka dan kami menjaga anak-anak mereka. Apakah kami tidak mendapat bahagian pahala mereka?Setelah mendengarkan ini, Rasulullah S.A.W. berpaling ke arah para sahabat r.a lalu bersabda, "Adakah kamu pernah mendengar seseorang yang bertanyakan soalan agama yang lebih baik daripada wanita ini?"
Para sahabat r.a menjawab "Kami tidak terfikir yang wanita juga boleh bertanyakan soalan sedemikian"
Selepas itu Rasulullah S.A.W berpaling kepada Hazrat Asma' r.anha dan bersabda "Dengar dengan teliti serta fahamkan dan kemudian pergilah beritahu kepada wanita-wanita yang telah menghantar kamu. Layanlah suami kamu dengan baik dan carilah kesukaannya serta tunaikan kesukaannya itu maka pahala bagi kesemua amal kebajikan tadi ialah sama antara kamu dan mereka". Maka kembalilah Hazrat Asma' r.anha dengan penuh gembira setelah mendengar jawapan tersebut.
Keterangan
Kaum wanita hendaklah mengadakan hubungan yang baik dengan suami mereka serta mentaati mereka. Ketaatan terhadap suami merupakan satu amalan yang berharga tetapi kaum wanita terlalu lalai dalam perkara ini.
Suatu ketika para sahabat r.a bertanya kepada Rasulullah S.A.W. " Orang-orang 'Ajam (selain daripada bangsa 'Arab) sujud kepada raja-raja da ketua-ketua mereka. Sepatutnya tuan lebih layak untuk disujud. Izinkanlah kami sujud kepada tuan.
Rasulullah S.A.W melarang mereka daripada bersujud dan bersabda "Sekiranya saya memerintahkan seseorang itu untuk sujud kepada sesuatu selain daripada Allah S.W.T, sudah pasti saya akan memerintahkan wanita-wanita sujud kepada suami mereka.
Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda lagi,"Demi Allah yang nyawaku berada dalam genggamanNya, seseorang wanita tidak boleh menyempurnakan hak Allah S.W.t selagi dia tidak menyempurnakan hak suaminya."
Diriwayatkan dalam satu hadith,seekor unta datang dan sujud kepada Rasulullah S.A.W,lalu para sahabat r.a berkata "Unta ini pun telah sujud kepada Rasulullah S.A.W,sedangkan kami lebih layak untuk sujud kepada Baginda S.A.W." Rasulullah melarang mereka dan memberi jawapan yang sama iaitu "Kalau saya memerintahkan kepada sesiapa untuk sujud kepada sesuatu selain Allah S.W.T, maka saya akan perintahkan wanita untuk sujud kepada suami mereka.
Dalam satu riwayat hadith yang lain,sekiranya seseorang wanita meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha dengannya maka dia akan memasuki syurga. 
Dalam satu riwayat yang lain, sekiranya seseorang wanita marah kepada suaminya dan tidur berasingan pada malam itu maka para malaikat mengutuk-ngutuknya (melaknat).
Solah daripada dua golongan tidak akan naik ke langit melepasi kepala mereka iaitu seorang hamba yang melarikan diri daripada tuannya dan seorang wanita yang tidak taat kepada suaminya.
Petikan drp kitab Fadhilat Amal - kisah-kisah para sahabat Bab 10 Semangat Keagamaan di Kalangan Wanita - m.s 181. 

No comments:
Post a Comment