Pengumuman Aktiviti Terkini



Malam Mahabbah Rasulullah

Malam Mahabbah Rasulullah

5.30 ptg
: Ketibaan Para Jemputan
6.00 ptg
: Qasidah oleh kumpulan Al-Ulfah

Madrasah Azzein Lissuluk Ilallah
6.30 ptg
: Ratib Haddad oleh Ittihad An-Nur Malaysia
6.45 ptg
: Tazkirah oleh Ustaz Hambali
7.00 mlm
: Qasidah dan Salawat
7.10 mlm
: Ketibaan Tetamu-tetamu Kehormat
7.25 mlm
: Solat Maghrib Berjemaah
7.55 mlm
: Majlis dimulakan oleh Peng. Majlis, Ust. Shuhadak
Mahmud

Pengasas Sahah Al Ja’afaryyah Negeri
Sembilan
8.00 mlm
: Bacaan Al-Quran oleh Dr. Sheikh Solah Zaki Al-Qadiri, Pensyarah
USIM
8.20 mlm : Maulid
Dhiaulla’mie Oleh Ittihad An-Nur Malaysia
9.00 mlm
: Ketibaan Jemputan Al Habib Umar Bin Hafidz
10.30 mlm
: Solat Isya berjemaah
11.00 mlm
: Jamuan / Bersurai
Semua Muslimin dan
Muslimat Dijemput HadirSemua penduduk muslimin & muslimat dijemput hadir bagi membantu melancarkan program.

Penawar Jiwa

Listen to Quran

Thursday, October 1, 2009

LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA

Sabda Rasulullah S.A.W

Ertinya:Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti ANGIN MERAH atau GEMPA BUMI atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".
Hadis Riwayat Termizi
Langit Sydney bertukar jadi oren

SYDNEY - Jika Malaysia dilanda jerebu akibat pembakaran hutan, satu ribut debu yang berasal dari kawasan pedalaman menyelubungi timur Australia menyebabkan langit di bandar raya Sydney bertukar menjadi warna oren semalam.
Ribut debu itu menyebabkan pengangkutan awam terjejas manakala pihak berkuasa kesihatan memberi amaran berhubung penyakit berkaitan pernafasan dengan meminta orang ramai tinggal di dalam rumah.
Pesawat-pesawat penerbangan antarabangsa dialihkan dari Sydney, perkhidmatan pengangkutan feri ditangguhkan manakala pengguna kenderaan diminta memasang lampu kerana kadar jarak penglihatan terbatas.
Bagaimanapun, suasana itu tidak menyebabkan semua aktiviti terhenti.
Pantai Bondi di Sydney masih dikunjungi oleh peluncur ombak dan kanak-kanak bermain di taman permainan walaupun ruang udara diseliputi dengan warna oren.
Ribut debu itu yang pada mulanya menyelubungi bandar perlombongan Broken Hill kelmarin sebelum bergerak ke timur berpunca daripada debu yang terbang dari kawasan dilanda kemarau.
Pihak berkuasa mendesak orang ramai yang mempunyai penyakit asma atau kesukaran bernafas supaya tinggal dalam rumah atau bangunan.
"Orang ramai yang berdepan dengan risiko ialah kanak-kanak, orang tua, wanita hamil, mereka yang menghidap penyakit jantung dan paru-paru.
"Partikel debu itu akan meningkatkan risiko orang yang menghidap penyakit tersebut menjadi tidak sihat," kata seorang pegawai Jabatan Kesihatan Negeri New South Wales, Wayne Smith.
"Ia seperti hari pertarungan antara golongan baik dengan jahat kerana apabila saya berada di dapur melihat ke arah langit, ia menjadi oren," kata seorang penduduk memberitahu radio Stesen Penyiaran Australia.
Ribut itu dianggap yang terburuk dalam tempoh 70 tahun tetapi tidak ada seorang pun dilaporkan meninggal dunia.
Bagaimanapun, perkhidmatan ambulans melaporkan menerima banyak panggilan telefon daripada orang ramai yang mengalami masalah pernafasan.
Menjelang tengah hari, ribut itu berakhir.
Ribut itu yang membawa 5 juta tan debu itu kemudian bergerak ke negeri Queensland, selatan Australia.
Biro Meteorologi Australia menyatakan ribut petir dan angin kencang yang menerbangkan debu dari kawasan pedalaman dan menyebarkannya ke kawasan penduduk paling padat di Australia.
Angin selaju lebih 100 kilometer sejam turut menyebabkan kebakaran di negeri itu.
"Ini sesuatu yang tidak pernah berlaku. Kami melihat bumi, angin dan api berlaku secara serentak," kata seorang pakar meteorologi, Dick Whitaker. - Agensi
Petikan Kosmo 24/9/2009
Tangisan Padang: 770 Maut; 294 Parah; 500 Bangunan runtuh

Gegaran susulan kejutkan Jambi; Sumatera diisytihar darurat PADANG:

Ketika keadaan di Sumatera Barat masih kelam kabut berikutan gempa bumi kelmarin yang setakat ini mengorbankan 770 orang, manakala 294 mangsa cedera, Indonesia dikejutkan dengan satu lagi gegaran di kawasan Jambi di selatan bandar ini, pagi semalam. Setakat ini, tiada laporan mengenai kematian akibat gegaran susulan berukuran 6.6 skala Richter pada jam 9.53 pagi itu yang turut dirasai di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, termasuk Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.6 Richter di Sumatera Barat pada jam 5:15 waktu tempatan kelmarin, beribu-ribu orang dikhuatiri masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan dengan beberapa mangsa yang masih hidup berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat, semalam. Lebih 500 bangunan termasuk beberapa hotel, sekolah, hospital dan gedung beli belah dilaporkan musnah atau mengalami kerosakan teruk dalam kejadian itu. Hotel Bumi Minang, satu daripada hotel kegemaran rakyat Malaysia yang melancong ke Kota Padang atau menziarahi saudara mara di sana, juga dilaporkan runtuh dengan sejumlah orang dikatakan masih terperangkap, tetapi Kedutaan Malaysia di Jakarta mengesahkan semua 330 pelajar Malaysia di Padang selamat dan tiada laporan rakyat Malaysia terkorban.

Hospital utama Padang, Rumah Sakit Djamil pula penuh sesak dengan mangsa dan keluarga mereka. Berpuluh yang cedera terpaksa dirawat di dalam khemah yang dipasang di perkarangan hospital itu yang bangunannya turut mengalami kerosakan. Pemerintah Indonesia mengisytiharkan darurat di wilayah Sumatera Barat dan mahu semua pihak bersedia menghadapi keadaan yang terburuk. "Jangan anggap bencana ini kecil. Kita harus bersedia menghadapi yang terburuk dan melakukan apa yang perlu untuk membantu mangsa," kata Presiden Susilo Bambang Yudhoyono di Jakarta sebelum berlepas ke Padang. Pasukan penyelamat pertama dari luar Padang yang dianggotai petugas kementerian kesihatan dan tentera Indonesia tiba di bandar berkenaan, semalam.

Tugas mereka untuk mencari mangsa yang hidup dalam runtuhan bangunan. "Kami memerlukan jentera berat untuk mengangkat runtuhan," kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana, Priyadi Kardono. Beliau berkata, tiga pesawat pengangkut tentera bersiap sedia untuk menghantar bantuan termasuk khemah, selimut dan ubat. "Kesan gempa bumi berkenaan mungkin sebesar gempa Yogyakarta," katanya merujuk kejadian gempa 2006 yang membunuh 6,000 penduduk. Ketua pusat krisis kementerian kesihatan, Rustam Pakaya memberitahu AFP sebuah hospital utama di bandar itu adalah antara bangunan yang runtuh. "Rumah dan bangunan runtuh menyebabkan beribu-ribu penduduk terperangkap di dalam runtuhan berkenaan," kata Pakaya yang menjangka angka kematian melebihi 1,000 orang. Yanto, seorang penyambut tetamu hotel di Padang berkata bekalan elektrik masih terputus pagi semalam selepas 15 jam kejadian gempa. "Hotel kami musnah teruk. Banyak rekahan dan runtuhan dari konkrit," katanya yang bersyukur semua tetamu hotel itu selamat. Laporan beberapa pihak berkuasa setempat pula menyebut lebih 100 mangsa dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan Hotel Ambacang di tengah Kota Padang dan lebih 60 murid terperangkap dalam bangunan tiga tingkat tempat mereka mengikuti tuisyen ketika kejadian. – Agensi
Petikan Berita Harian 2/10/2009
P/S : Perhatikan kaitan antara hadis Nabi S.A.W di atas dan kejadian yang berlaku semalam dan bulan lepas, pastinya terbukti kebenarannya. Oleh itu marilah sama kita berusaha memantapkan iman kita, kerana kita sudah tiada masa...ALLAHUAKBAR!!!

No comments:

Post a Comment